Irfan Iraz
Keep Calm And Take A Nap Here
Monday, October 19, 2015
Sampah
Masa balik dari kuliah tadi, ternampak seorang sahabat. Tengah kutip sampah. Sorang sorang. Dalam gelap. Walau gelap, saya cam tu sahabat saya.
Saya rasa tersentak. Selalu jugak saya cakap pompang pompang pasal kebersihan. Cakap pasal TGNA bersihkan tandas. Tapi kalau nampak sampah atas tanah, jujurnya saya sendiri tak ambik pun. Saya biar. Sebab rasa insecure kalau2 sampah tu dah digigit anjing.
Terkejut bila ada orang yang betul betul bersungguh nak jatuhkan ego dengan merendahkan darejat diri. Kutip sampah sisa makanan orang tempat anjing lepak. Allah. Rasa malu. Malu dengan diri sendiri.
Allah.
Bagaimana mampu ku bersihkan dunia jika hatiku ini belum dicuci?
Sunday, July 13, 2014
Israel Laknatullah
ASSALAMUALAIKUM
Baca nama tajuk entry pon boleh buat orang cuak kan? sebenarnya malam-malam buta cenggini guwa bukan nak tulis pasal fakta-fakta illuminati atau yang sewaktu dengannya, cuma ya memang hati siapa yang tak tersentuh bila tengok saudara-saudara seislam kita dizalimi di bumi Palestin.
Dalam bulan puasa ni dah ramai imam yang sudah membaca qunut nazilah. Bagi yang belum hafal qunut nazilah moh ler sama-sama kita.
Gua pon sebenarnya tengah tunggu bola ni. Hashtag #WORLDCUP. hahaha, kat blog pon nak hashtag jugak. Ingat kat twitter je. Bosan update ler blog kejap. Irfan kan elok buat solat sunat ke baca quran ke sambil tunggu bola tu -_- Jangan bazirkan walaupun sesaat kan bulan ramadhan ni. Shahrul tarbiah. Shahrul Ibadah. ni dok bukak laptop. kan dah kena dengan Mr Abah. kasi sentap T.T
bye :`)

''Bulan puasa ni ingat semua setan dah kena ikat dalam neraka rupanya ada lagi setan yang dok bunuh orang Islam''Palestin khususnya baitul maqdis merupakan salah satu tempat yang amat penting dalam dunia Islam. Merupakan bumi anbiya'. Bumi para nabi. Solat di masjidil aqsa sendiri dijanjikan pahala lima ratus kali ganda berbanding tempat lain. Kalau kita tengok sirah nabawi pon kenapa semasa isra' nabi dibawa ke Baitul Maqdis dahulu sebelum di naikkan ke langit sedangkan Allah boleh terus saja mengangkat nabi ke langit. Yang tu semua boleh study sendiri kenapa.
Dalam bulan puasa ni dah ramai imam yang sudah membaca qunut nazilah. Bagi yang belum hafal qunut nazilah moh ler sama-sama kita.
Gua pon sebenarnya tengah tunggu bola ni. Hashtag #WORLDCUP. hahaha, kat blog pon nak hashtag jugak. Ingat kat twitter je. Bosan update ler blog kejap. Irfan kan elok buat solat sunat ke baca quran ke sambil tunggu bola tu -_- Jangan bazirkan walaupun sesaat kan bulan ramadhan ni. Shahrul tarbiah. Shahrul Ibadah. ni dok bukak laptop. kan dah kena dengan Mr Abah. kasi sentap T.T
bye :`)
Tuesday, July 8, 2014
Puasa
ASSALAMUALAIKUM
Pagi yang syahdu lagi sejuk membuatkan aku kembali ke katil untuk menarik selimut kembali sampai ke kepala dengan sebijik bantal untuk menutup muka. memang ini lah situasi yang cukup aku nanti-nantikan sepanjang tahun. keadaan macam tu boleh membuatkan aku tidak sedarkan diri dari lepas subuh sampai zohor. nak bangun bukan malas cuma memang tak boleh sebab aku tak sedar langsung. Opkos aku tak boleh tido sebelum sembahyang subuh berjemaah kalau tak nak perang dunia musim piala dunia ni berlaku kat rumah aku. Pesan puan ibu takde guna sembahyang terawih 20 rakaat tapi sembahyang subuh sengsorang kat rumah membuatkan guwa sentap lantas mencari inisiatif untuk solat berjemaah.
Lagipun jap lagi bukan ada orang pon kat rumah. Semua orang akan ke tempat kerja masing-masing termasuk adik-adik aku yang akan ke sekolah. Memang takde manusia lagi yang akan kacau tidur aku kecuali kucing kat luar rumah je. Tapi cuti kat universiti ni mesti clash dengan jadual orang lain. Time aku belajar orang cuti, time aku cuti orang belajar, asyik dok sorang-sorang je kat rumah. Kalau rajin boleh pergi pondok belajar.
Tahun ni tahun kedua aku akan berpuasa penuh di rumah. Tapi bukan bermakna tahun-tahun sebelum tu aku tak puasa penuh. Cuma dah beberapa tahun aku berpuasa di perantauan, ceh kononnya bajet-bajet oversea je padahal dalam Malaysia je pon. Hahaha
Tapi derita jugak la. Lagi-lagi kalau time Puan Ibu masak sendiri di rumah and Mr Abah akan upload gambar, tunjuk masakan nak berbuka. rasa nak nangis gigit orang pon ada masa tu. yelah orang bujang macam mana sangat lah dia punya juadah nak berbuka. duit bukannya banyak pon. tahun sebulan puasa dok kat rumah. makan je apa yang nak dimakan, jangan makan orang sudah. kan kena smackdown dengan mak aku pulak.
k selamat berpuasa.
bye :')

Thursday, December 19, 2013
Wanita Syurga Bidadari Dunia
Kau kenalkan aku dengan sebuah cinta. Namun kau juga kenalkan aku dengan putus cinta. |
Weh muslimah tu macam mana???
Muslimah ni seorang wanita
islam. Sebenarnya tak susah pun nak jadi muslimah, mungkin ada yang cakap:
“saya ni teruk r,
text laki tu, text laki ni, semua laki saya pernah text, cakap je, hensem tak
hensem,boyfren orang ke laki orang ke semua saya dah expert, tolong la jangan panggil saya muslimah, x layak kot”
Sebenarnya title muslimah
tu semua wanita Islam layak dapat, simple je, muslimah ialah wanita Islam yang
berkeperibadian Islam. Tapi lain pulak dengan solehah, wanita Islam yang hidupnya atas landasan Islam dan istiqamah
dengan keperibadian Islam.
.
So, kalau nak jadi
solehah, wajiblah jadi muslimah dulu sama gak dengan laki kalau nak jadi soleh
perlulah jadi muslim dulu =)
Muslimah yang solehah
akan sentiasa ada perisai yang kukuh. Kuasanya sangat hebat,bahkan mampu
mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.
Apabila perisai ini
dibawa bersama seorang muslimah, sebenarnya tak de la nampak macam nak pergi perang tapi muslimah yang bertudung labuh kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat
di luar sana. As we know neraka itu 'hot' and syurga itu 'sweet' ><
Tudung labuh lah perisai
tu. Senang kata boleh buat hipotesis sekolah rendah iaitu semakin labuh tudung
seseorang, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Kat tudung labuh
sendiri sudah tertulis "aku
seorang muslimah" tanpa perlu di war-war kan pemakainya.
Sedarlah muslimah yang berperisai.
Anda membawa amanah tudung labuh. Ia melindungimu, tiada siapa yang dapat membolosinya kecuali diri sendiri. Jangan
sesekali membolosinya dengan perlakuan yang melampau kerana apabila anda membolosinya, bermakna anda juga membolosi perisai muslimah yang lain.
Tidak dapat dinafikan,
setiap muslimah yang sedang berada di alam remajanya pernah mengalami ujian
bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam ataupun lebih.
Lelaki mudah meluahkan kata-kata manis untuk mendapatkan cinta
daripada seorang Hawa. Seorang sahabat muslimah membuat analogi bahawa cinta
seorang muslimah ibarat madu. Madu cinta itu akan diteguk untuk menghilangkan
dahaga yang tidak akan hilang.
Cinta itu maruah seorang wanita. Sememangnya maruah muslimah itu sangatlah cantik.
Bagaimana pula kalau sudah terlanjur?
Sebenarnya, tiada istilah terlambat untuk berubah.Sebenarnya cinta
itu fitrah. Fitrah sebagai manusia kita nak mencintai dan dicintai. Cuba
kita alihkan fitrah cinta itu kepada Allah. Setelah bermacam-macam nikmat yang
Allah bagi kepada kita. Adakah kita still nak mencintai orang yang langsung
tidak bagi apa-apa dalam hidup kita? Kalau ada pun tak mungkin manusia akan bagi
sebanyak yang Allah telah bagi =)
Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan manusia, manusia akan pergi.
Cintakan Illahi itu yang abadi.
Monday, December 9, 2013
Couple with Allah
"Kalau kita mencintai
seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang
menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah,
kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Ayat tu memang betul dan
ayat tu memang terpatri kemas dalam hati ini. Kadang-kadang benda ni agak susah
sebab tidak semua antara kita yang sanggup memendamkan rasa cinta begitu
sahaja.
Kalau nak bercinta ikut
cara Islam macam mana eh?
Sebenarnya ada beberapa
cara bila kita rasa kita ni dah suka dengan someone.. <3
Meh baca ni…
Couple with Allah . Engaged with Iman . Married with Hidayah and Insya'Allah forever in Jannah <3 |
1 ) Pendam dan
berdoalah kepada Yang Maha Mengetahui
First, kita rasa suka
someone kita tak boleh terus terburu-buru untuk meluahkannya. Yelah kan kena
reject sape yang malu. Lagipun takut perempuan/lelaki itu dah suka orang lain
kerana jodoh ini semua Allah dah tetapkan.So kita pendam dan luahkan kat Allah dulu
sebab Allah tu lebih mengetahui.
So, meluahkan kepada Allah
ialah cara terbaik sebab Allah tak akan bagi sesuatu melainkan kita berhak
mendapat nya. Tajdid niat duludan
niatkan apa yang kita buat ini bukanlah sebab just untuk mendapatkan
jodoh yang baik tetapi semata-mata kerana Allah.
Jika kita berusaha menjadi
hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Insyaallah Allah akan bagi jodoh yang sekufu.
Firman Allah dalam Al-Quran:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah
sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Tapis dahulu sebelum
mencintai
Cinta dating tanpa kita minta. Kadang-kadang first time tengok
kita dah jatuh hati dengan seseorang tapi sebelum kita mencintai orang nilailah
cinta kita itu semula.
Tapis dulu kenapa kita
mencintai seseorang? Sebab dia cantik ? Sebab harta kekayaan? Nafsu? Hmm sebab
apa ea? Atau untuk memuliakannya dengan menikahinya kerana Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak
kahwin itu bukan sebab kecantikan"
"Aik, kau ni
takde nafsu ke?"
Ya, benar!. Sebagai manusia
kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan
kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu
bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun,
antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan
yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhi couple
Sekiranya telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk
menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara bukan
budaya Islam. Sesungguhnya bercouple ini menjerumuskan diri untuk mendekati
zina. Al-Quran ada menyebut, "la
taqrabuz zina" yang bermaksud,
"Janganlah kamu dekati zina" yang mana para ulamak
mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Walaupun mungkin ada yang cakap;
“Kalau keluar pun kami jaga
ikhtilat”
“aku tak contact sangat pon
dia kecuali kalau ada benda penting je..."
"Kitorang selalu
akhiri majlis dating dengan tasbih kafarah dan surah al-asr"
“Kami mention kat twitter
je pon”
Betul tapi kita tak sedar
sebenarnya dengan benda-benda ni lah kita dah buat maksiat iaitu zina hati.
Couple ni memang indah
tetapi beracun. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun
pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk
ditelan. Moga kita dijauhkan daripada semua maksiat yang mendekati zina.
4) Istikharah dan
berbincang
Keputusan yang berkat ialah
jika kita mendapat bantuan Allah. Tak ada sorang pun akan rugi dengan berdoa
kepada Allah. Buat lah solat istikharah untuk meminta petunjuk dan
bermusyawarah lah dengan orang yang dipercayai.
5) Membuat keputusan
mengikut Iman
Bersyukurlah andai diberi
kelapangan setelah solat istikharah yang kita lakukan. Petunjuk daripada
istikharah bukan hanya pada mimpi tetapi ketenangan hati, hati yang lapang dan
keyakinan yang kuat terhadap sesuatu perkara juga merupakan petunjuk daripada
Allah.So pilihlah seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama
yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah.
Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat,
gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah
merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Sunday, December 8, 2013
Mini Giveaway RM600 Disember 2013 by Emas Putih
As-Salam
Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D
Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6
Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour
Thursday, December 5, 2013
Maafkan Aku
"Kau rasa aku
ok tak ?" Aku rasa aku ni dah rosak r. Banyak sangat dosa. Subuh pun dah
banyak kali subuh gajah…Aku rasa insaf ni pon sebab tadi mak aku call, dia pesan
jaga diri, jaga solat, solat tu jangan tinggal walaupun kat mana-mana.
"Apa yang mak kau pesan tu, itulah yang nabi pesan…Kita ni Bani Adam. Semua Bani Adam buat kesilapan."
"Really?"
"Yup. Dan sebaik-baik Bani Adam tu yang bertaubat atas kesilapan2nya."
"Apa yang mak kau pesan tu, itulah yang nabi pesan…Kita ni Bani Adam. Semua Bani Adam buat kesilapan."
"Really?"
"Yup. Dan sebaik-baik Bani Adam tu yang bertaubat atas kesilapan2nya."
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:
kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan
anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda
peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta
kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah),
pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)"
(Surah ali-Imran ayat 4)
*maaf atas kelemahan diri ini ya Allah.
Add caption |
Subscribe to:
Posts (Atom)