Tuesday, November 19, 2013

Aku Nak Couple

ASSALAMUALAIKUM



COUPLE ISLAMIC…..what's that? ermm wujud ke tak benda alah tu dalam Islam? =/

sharing is caring right? jom baca cerita ni, rasanya aku dapat cerita ni dalam dua tahun lepas kot...

Cerita tentang 3 orang hamba Allah, Asyraf, Syikin dan Lim Joo Eun (lebih dikenali dengan nama bro lim). Asyraf dan Syikin sama-sama belajar di kolej matrikulasi. Beberapa lama kemudian, Asyraf jatuh hati pada kecantikan Syikin. Pipinya bak pauh dilayang. Matanya bulat bak donut di kedai Dunkin Donut. Mukanya suci dengan cahaya keimanan. First time tengok seperti melihat seorang bidadari yang jatuh dari syurga. Setiap kali pandang muka Syikin akan terngiang-ngiang lagu Nur Kasih dendangan Inteam. tapi, Asyraf kena tundukkan pandangannya. Dia cuba menahan gelojak hawa dalam hatinya kerana statusnya sebagai ketua gerakan dakwah di sana. Lagipun dia perlu menjaga siqahnya sebagai orang yang disegani di  kolej itu. Dia tidak boleh meluahkan perasaannya pada Syikin kerana risiko untuk ditangkap oleh ajk pencegah maksiat Badan Tarbiah dan Dakwah di kolej tu tinggi disebabkan Syikin ialah seorang ahli badan tarbiah tersebut. 

Satu semester berlalu...Akhirnya, apabila berada di semester dua, Asyraf sudah tidak mampu bertahan. Dia mengorak langkah pertama dan pendek cerita akhirnya, Syikin tewas pada ayat-ayat manis Asyraf, tapi kesedaran dorang sebagai orang Islam agak tinggi. Dorang tahu yang Islam tidak membenarkan ber’couple’. Jadi mereka berfikir untuk membuat satu revolusi dalam couple. Bagi mereka Islam adalah satu agama yang open dan tidak jumud. 'Cayelah Islam ni agama yang mudah, Islam takkan susahkan umatnya lah'.kata Asyraf. So terciptalah "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar je, dorang akan ke tempat awam. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Syikin pon kena pakai tudung labuh yang lebih labuh dari hari-hari biasa. Asyraf lak akan pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Lepak kedai makan, tadarrus siap bertadabbur lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Laki kat depan, perempuan kat belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic tu. So sweet kan =) (sawit la sangat)

Lepas bertahun-tahun dalam couple Islamic, Asyraf terjumpa dengan Bro Lim. Time tu Asyraf ngan Syikin dok buat liqa' muhasabah kat Starbucks. Bro Lim pi tempat dorang sebab tempat duduk lain dah penuh. Bila duduk, Bro Lim tanya ''Can i join you here?'' Yes of course jawab Asyraf. "Have you married?". "Insyaallah next year.", jawab Syikin. "Then, how can you sit with this ajnabi alone here", tanya Bro Lim. "We couple, but Islamic way la" jawab Asyraf. Bro Lim senyum je time dengar jawapan tu. Bro Lim pun start cerita dia. Cer citer ...



"Aku ni muallaf. Dulu agama Buddha. Tinggal kat Selangor. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk hospital malam tu. tapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk wad lepas peluk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat macam peringkat haramkan arak. Tapi aku…mana ada. So, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas semayang subuh dan asar aku akan bacakan maksurat untuk babi tu. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Macam tu lah kehidupan aku dan babi tu untuk tiga tahun. Lepas tiga tahun, masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Bila aku check babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku bantai je sebab dah dua tahun tak makan babi. then, aku pun buat la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! nak join tak? Babi Islam, special punya.”

korang rasa halal tak babi yang gua Islamkan tu? tanya bro Lim  =)

9 comments:

  1. follow akak balik ye dik..
    blogwalking

    ReplyDelete
  2. kalau dh berkenan tu, disarankan buat cara baik. jumpa parents, masuk minang. then kahwin.. :) insyAllah semua pun akn jdi ok

    ReplyDelete
  3. haha.. pernah dengar cerita ni, tapi tetap rasa lawak..
    hmm... nasib baik x pernah terlibat dengan kancah couple ni..

    ReplyDelete
  4. salam.. hurmm kpel ni banyak membuang.. bunag masa, duit dan sebagianya... so, klau dh berkenan ape kata jumpa mak ayah. klau xbersedia lagi nak pikul tangungjawan, xpayah la kapel2.. cari cita2 dlu... kan..


    http://arenamuslimah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul2 sediakan diri dulu sebelum nk bina baitulmuslim

      Delete
  5. salam...da follow..terima ksih sudi join segmen "i will follow you" by Syira Lokman. Tolong follow peserta lain juga ye? tunggu juga keputusan 3 blog yang akan direview :) tq !

    ReplyDelete