Sunday, July 13, 2014

Israel Laknatullah

ASSALAMUALAIKUM

Baca nama tajuk entry pon boleh buat orang cuak kan? sebenarnya malam-malam buta cenggini guwa bukan nak tulis pasal fakta-fakta illuminati atau yang sewaktu dengannya, cuma ya memang hati siapa yang tak tersentuh bila tengok saudara-saudara seislam kita dizalimi di bumi Palestin.

''Bulan puasa ni ingat semua setan dah kena ikat dalam neraka rupanya ada lagi setan yang dok bunuh orang Islam''
Palestin khususnya baitul maqdis merupakan salah satu tempat yang amat penting dalam dunia Islam. Merupakan bumi anbiya'. Bumi para nabi. Solat di masjidil aqsa sendiri dijanjikan pahala lima ratus kali ganda berbanding tempat lain. Kalau kita tengok sirah nabawi pon kenapa semasa isra' nabi dibawa ke Baitul Maqdis dahulu sebelum di naikkan ke langit sedangkan Allah boleh terus saja mengangkat nabi ke langit. Yang tu semua boleh study sendiri kenapa.

Dalam bulan puasa ni dah ramai imam yang sudah membaca qunut nazilah. Bagi yang belum hafal qunut nazilah moh ler sama-sama kita.



Gua pon sebenarnya tengah tunggu bola ni. Hashtag #WORLDCUP. hahaha, kat blog pon nak hashtag jugak. Ingat kat twitter je. Bosan update ler blog kejap. Irfan kan elok buat solat sunat ke baca quran ke sambil tunggu bola tu  -_- Jangan bazirkan walaupun sesaat kan bulan ramadhan ni. Shahrul tarbiah. Shahrul Ibadah. ni dok bukak laptop. kan dah kena dengan Mr Abah. kasi sentap T.T


bye :`)


Tuesday, July 8, 2014

Puasa

ASSALAMUALAIKUM

Pagi yang syahdu lagi sejuk membuatkan aku kembali ke katil untuk menarik selimut kembali sampai ke kepala dengan sebijik bantal untuk menutup muka. memang ini lah situasi yang cukup aku nanti-nantikan sepanjang tahun. keadaan macam tu boleh membuatkan aku tidak sedarkan diri dari lepas subuh sampai zohor. nak bangun bukan malas cuma memang tak boleh sebab aku tak sedar langsung. Opkos aku  tak boleh tido sebelum sembahyang subuh berjemaah kalau tak nak perang dunia musim piala dunia ni berlaku kat rumah aku. Pesan puan ibu takde guna sembahyang terawih 20 rakaat tapi sembahyang subuh sengsorang kat rumah membuatkan guwa sentap lantas mencari inisiatif untuk solat berjemaah.




Lagipun jap lagi bukan ada orang pon kat rumah. Semua orang akan ke tempat kerja masing-masing termasuk adik-adik aku yang akan ke sekolah. Memang takde manusia lagi yang akan kacau tidur aku kecuali kucing kat luar rumah je. Tapi cuti kat universiti ni mesti clash dengan jadual orang lain. Time aku belajar orang cuti, time aku cuti orang belajar, asyik dok sorang-sorang je kat rumah. Kalau rajin boleh pergi pondok belajar.

Tahun ni tahun kedua aku akan berpuasa penuh di rumah. Tapi bukan bermakna tahun-tahun sebelum tu aku tak puasa penuh. Cuma dah beberapa tahun aku berpuasa di perantauan, ceh kononnya bajet-bajet oversea je padahal dalam Malaysia je pon. Hahaha

Tapi derita jugak la. Lagi-lagi kalau time Puan Ibu masak sendiri di rumah and Mr Abah akan upload gambar, tunjuk masakan nak berbuka. rasa nak nangis gigit orang pon ada masa tu. yelah orang bujang macam mana sangat lah dia punya juadah nak berbuka. duit bukannya banyak pon. tahun sebulan puasa dok kat rumah. makan je apa yang nak dimakan, jangan makan orang sudah. kan kena smackdown dengan mak aku pulak.

k selamat berpuasa.

bye :')