Thursday, December 19, 2013

Wanita Syurga Bidadari Dunia

Kau kenalkan aku dengan sebuah cinta. Namun kau juga kenalkan aku dengan putus cinta.


Weh muslimah tu macam mana??? 

 Muslimah ni seorang wanita islam. Sebenarnya tak susah pun nak jadi muslimah, mungkin ada yang cakap:

“saya ni teruk r, text laki tu, text laki ni, semua laki saya pernah text, cakap je, hensem tak hensem,boyfren orang ke laki orang ke semua saya dah expert, tolong la jangan panggil saya muslimah, x layak kot”

Sebenarnya title muslimah tu semua wanita Islam layak dapat, simple je, muslimah ialah wanita Islam yang berkeperibadian Islam. Tapi lain pulak dengan solehah, wanita Islam yang hidupnya atas landasan Islam dan istiqamah dengan keperibadian Islam.
.
So, kalau nak jadi solehah, wajiblah jadi muslimah dulu sama gak dengan laki kalau nak jadi soleh perlulah jadi muslim dulu =)

Muslimah yang solehah akan sentiasa ada perisai yang kukuh. Kuasanya sangat hebat,bahkan mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.

Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, sebenarnya tak de la nampak macam nak pergi perang tapi muslimah yang bertudung labuh kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. As we know neraka itu 'hot' and syurga itu 'sweet'  ><

Tudung labuh lah perisai tu. Senang kata boleh buat hipotesis sekolah rendah iaitu semakin labuh tudung seseorang, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Kat tudung labuh sendiri sudah tertulis "aku seorang muslimah" tanpa perlu di war-war kan pemakainya.


Sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Ia melindungimu, tiada siapa yang dapat  membolosinya kecuali diri sendiri. Jangan sesekali membolosinya dengan perlakuan yang melampau kerana apabila anda membolosinya, bermakna anda juga membolosi perisai muslimah yang lain.

Tidak dapat dinafikan, setiap muslimah yang sedang berada di alam remajanya pernah mengalami ujian bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam ataupun lebih.
Lelaki mudah meluahkan kata-kata manis untuk mendapatkan cinta daripada seorang Hawa. Seorang sahabat muslimah membuat analogi bahawa cinta seorang muslimah ibarat madu. Madu cinta itu akan diteguk untuk menghilangkan dahaga yang tidak akan hilang.
Cinta itu maruah seorang wanita. Sememangnya maruah muslimah itu sangatlah cantik.
Bagaimana pula kalau sudah terlanjur?
Sebenarnya, tiada istilah terlambat untuk berubah.Sebenarnya cinta itu fitrah. Fitrah sebagai manusia kita nak mencintai dan dicintai. Cuba kita alihkan fitrah cinta itu kepada Allah. Setelah bermacam-macam nikmat yang Allah bagi kepada kita. Adakah kita still nak mencintai orang yang langsung tidak bagi apa-apa dalam hidup kita? Kalau ada pun tak mungkin manusia akan bagi sebanyak yang Allah telah bagi =)

Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan manusia, manusia akan pergi. 
Cintakan Illahi itu yang abadi.

Monday, December 9, 2013

Couple with Allah

"Kalau kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Ayat tu memang betul dan ayat tu memang terpatri kemas dalam hati ini. Kadang-kadang benda ni agak susah sebab tidak semua antara kita yang sanggup memendamkan rasa cinta begitu sahaja.
Kalau nak bercinta ikut cara Islam macam mana eh?
Sebenarnya ada beberapa cara bila kita rasa kita ni dah suka dengan someone.. <3
Meh baca ni… 
Couple with Allah . Engaged with Iman . Married with Hidayah and Insya'Allah forever in Jannah <3
1 ) Pendam dan berdoalah kepada Yang Maha Mengetahui 
First, kita rasa suka someone kita tak boleh terus terburu-buru untuk meluahkannya. Yelah kan kena reject sape yang malu. Lagipun takut perempuan/lelaki itu dah suka orang lain kerana jodoh ini semua Allah dah tetapkan.So kita pendam dan luahkan kat Allah dulu sebab Allah tu lebih mengetahui.
So, meluahkan kepada Allah ialah cara terbaik sebab Allah tak akan bagi sesuatu melainkan kita berhak mendapat nya. Tajdid niat duludan  niatkan apa yang kita buat ini bukanlah sebab just untuk mendapatkan jodoh yang baik tetapi semata-mata kerana Allah.
Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu. Insyaallah Allah akan bagi jodoh yang sekufu.
Firman Allah dalam Al-Quran:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)

2) Tapis dahulu sebelum mencintai

 Cinta dating tanpa kita minta. Kadang-kadang first time tengok kita dah jatuh hati dengan seseorang tapi sebelum kita mencintai orang nilailah cinta kita itu semula.
Tapis dulu kenapa kita mencintai seseorang? Sebab dia cantik ? Sebab harta kekayaan? Nafsu? Hmm sebab apa ea? Atau untuk memuliakannya dengan menikahinya kerana Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikan"
"Aik, kau ni takde nafsu ke?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.

3) Jauhi couple

Sekiranya telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara bukan budaya Islam. Sesungguhnya bercouple ini menjerumuskan diri untuk mendekati zina. Al-Quran ada menyebut, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Walaupun mungkin ada yang cakap;
“Kalau keluar pun kami jaga ikhtilat”
“aku tak contact sangat pon dia kecuali kalau ada benda penting je..."
"Kitorang selalu akhiri majlis dating dengan tasbih kafarah dan surah al-asr"
“Kami mention kat twitter je pon”
Betul tapi kita tak sedar sebenarnya dengan benda-benda ni lah kita dah buat maksiat iaitu zina hati.
Couple ni memang indah tetapi beracun. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga kita dijauhkan daripada semua maksiat yang mendekati zina.

4) Istikharah dan berbincang
Keputusan yang berkat ialah jika kita mendapat bantuan Allah. Tak ada sorang pun akan rugi dengan berdoa kepada Allah. Buat lah solat istikharah untuk meminta petunjuk dan bermusyawarah lah dengan orang yang dipercayai.
5) Membuat keputusan mengikut Iman
Bersyukurlah andai diberi kelapangan setelah solat istikharah yang kita lakukan. Petunjuk daripada istikharah bukan hanya pada mimpi tetapi ketenangan hati, hati yang lapang dan keyakinan yang kuat terhadap sesuatu perkara juga merupakan petunjuk daripada Allah.So pilihlah seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.


Sunday, December 8, 2013

Mini Giveaway RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Thursday, December 5, 2013

Maafkan Aku


"Kau rasa aku ok tak ?" Aku rasa aku ni dah rosak r. Banyak sangat dosa. Subuh pun dah banyak kali subuh gajah…Aku rasa insaf ni pon sebab tadi mak aku call, dia pesan jaga diri, jaga solat, solat tu jangan tinggal walaupun kat mana-mana.

"Apa yang mak kau pesan tu, itulah yang nabi pesan…Kita ni Bani Adam. Semua Bani Adam buat kesilapan."

"Really?"

"Yup. Dan sebaik-baik Bani Adam tu yang bertaubat atas kesilapan2nya."

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)"

(Surah ali-Imran ayat 4)


*maaf atas kelemahan diri ini ya Allah.
Add caption

"Blog Review By Zayani Zulkiffli".




Komen?? erm.. apa eh... tapi yang pasti design blog Zayani lagi smart dari blog kita..hehe =)

Tuesday, November 19, 2013

Aku Nak Couple

ASSALAMUALAIKUM



COUPLE ISLAMIC…..what's that? ermm wujud ke tak benda alah tu dalam Islam? =/

sharing is caring right? jom baca cerita ni, rasanya aku dapat cerita ni dalam dua tahun lepas kot...

Cerita tentang 3 orang hamba Allah, Asyraf, Syikin dan Lim Joo Eun (lebih dikenali dengan nama bro lim). Asyraf dan Syikin sama-sama belajar di kolej matrikulasi. Beberapa lama kemudian, Asyraf jatuh hati pada kecantikan Syikin. Pipinya bak pauh dilayang. Matanya bulat bak donut di kedai Dunkin Donut. Mukanya suci dengan cahaya keimanan. First time tengok seperti melihat seorang bidadari yang jatuh dari syurga. Setiap kali pandang muka Syikin akan terngiang-ngiang lagu Nur Kasih dendangan Inteam. tapi, Asyraf kena tundukkan pandangannya. Dia cuba menahan gelojak hawa dalam hatinya kerana statusnya sebagai ketua gerakan dakwah di sana. Lagipun dia perlu menjaga siqahnya sebagai orang yang disegani di  kolej itu. Dia tidak boleh meluahkan perasaannya pada Syikin kerana risiko untuk ditangkap oleh ajk pencegah maksiat Badan Tarbiah dan Dakwah di kolej tu tinggi disebabkan Syikin ialah seorang ahli badan tarbiah tersebut. 

Satu semester berlalu...Akhirnya, apabila berada di semester dua, Asyraf sudah tidak mampu bertahan. Dia mengorak langkah pertama dan pendek cerita akhirnya, Syikin tewas pada ayat-ayat manis Asyraf, tapi kesedaran dorang sebagai orang Islam agak tinggi. Dorang tahu yang Islam tidak membenarkan ber’couple’. Jadi mereka berfikir untuk membuat satu revolusi dalam couple. Bagi mereka Islam adalah satu agama yang open dan tidak jumud. 'Cayelah Islam ni agama yang mudah, Islam takkan susahkan umatnya lah'.kata Asyraf. So terciptalah "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar je, dorang akan ke tempat awam. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Syikin pon kena pakai tudung labuh yang lebih labuh dari hari-hari biasa. Asyraf lak akan pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Lepak kedai makan, tadarrus siap bertadabbur lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Laki kat depan, perempuan kat belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic tu. So sweet kan =) (sawit la sangat)

Lepas bertahun-tahun dalam couple Islamic, Asyraf terjumpa dengan Bro Lim. Time tu Asyraf ngan Syikin dok buat liqa' muhasabah kat Starbucks. Bro Lim pi tempat dorang sebab tempat duduk lain dah penuh. Bila duduk, Bro Lim tanya ''Can i join you here?'' Yes of course jawab Asyraf. "Have you married?". "Insyaallah next year.", jawab Syikin. "Then, how can you sit with this ajnabi alone here", tanya Bro Lim. "We couple, but Islamic way la" jawab Asyraf. Bro Lim senyum je time dengar jawapan tu. Bro Lim pun start cerita dia. Cer citer ...



"Aku ni muallaf. Dulu agama Buddha. Tinggal kat Selangor. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk hospital malam tu. tapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk wad lepas peluk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat macam peringkat haramkan arak. Tapi aku…mana ada. So, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas semayang subuh dan asar aku akan bacakan maksurat untuk babi tu. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Macam tu lah kehidupan aku dan babi tu untuk tiga tahun. Lepas tiga tahun, masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Bila aku check babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku bantai je sebab dah dua tahun tak makan babi. then, aku pun buat la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! nak join tak? Babi Islam, special punya.”

korang rasa halal tak babi yang gua Islamkan tu? tanya bro Lim  =)

Friday, November 15, 2013

Jom Bukak Buku Baru...Permulaan Yang Baik




ASSALAMUALAIKUM

Dalam sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru hijrah. Maknanya dah ditutup semua buku amalan kita untuk tahun lepas dan Allah bukak buku baru.

Agak-agak apa yang sinonim dengan tahun baru ea??

Azam right?

Mungkin azam untuk tahun lepas pon tak setel-setel lagi kita da sibuk nak buat azam baru =/  it's ok dear..
biasa lettew.

Apa kata sebelum kita buat azam yang advance-advance kita back to basic, ok? bunyi cam gud-gud kan?
kita try buat benda-benda wajib dulu dengan seperfect mungkin. Jom wahai sahabat-sahabat lelaki ku kita buat solat lima waktu berjemaah di masjid =) why? sebab apa kena buat kat masjid?

sebab Allah sayang orang yang hati dia terpaut kat masjid, simple kan =)s

“Ada 7 golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Pada hari itu, tidak ada naungan, kecuali nanungan Allah. Golongan tersebut adalah pemimpin yang adil; pemuda yang tumbuh di dalam beribadah kepada Allah; seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid-masjid; dua orang yang saling mengasihi kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah karena Allah; seorang laki-laki yang diundang oleh seorang perempuan yang berkedudukan dan berwajah elok (untuk melakukan kejahatan) tetapi dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah!’; seorang yang memberi sedekah, tetapi dia merahasiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya; dan seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga menitis air matanya.” (HR Bukhari)

Allah ada mention dalam Al-Quran lagi :

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap melaksanakan salat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada apa pun kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. At Taubah:18) 


Dalam sehari lima kali Allah call kita, cer kira berapa kali je kita jawab? kat situ kita dah boleh nampak betapa sayangnya Allah kat kita. cer kalau kita yang call orang tapi orang tu tak jawab-jawab. konpem bengang, asyik tak angkat je aku call, aku text buat bodoh pulak tu.

Allah panggil kita tiga kali je pun dalam hidup nih:

1.panggilan azan
2.panggilan umrah
3.panggilan kematian

jangan sampai panggilan ketiga baru kita nak jawab... 
=)



Wednesday, October 30, 2013

macam mana nak jadi hebat ea ???

ASSALAMUALAIKUM

Dua tiga hari ni, aku selalu usha fb member-member lama aku, lagi-lagi time dok sorang-sorang kat bilik, lagipun kampus aku ni kat pekan kecik je bukannye kat bandar besar pon so aku rasa lebih baik aku habiskan masa di alam maya je, lagi luas pemandangan dari aku dok merayau-rayau outing kat pekan...aku rasa aku je yang terhegeh-hegeh nak stalk dorang walaupun diri sendiri pon belum habis lagi stalk. Time usha-usha dorang aku terpikir sepanjang aku hidup ni betapa ramainya Allah temukan aku dengan manusia-manusia yang hebat. serius aku cakap...

Aku memang kagum giler dengan dorang nih....

Dua hari lepas time tengah syok dok scroll down home wall fb, aku ternampak gambar senior matrik aku yang di upload oleh someone, kat gambar tu tertulis Top 12 Finalis Pencetus Ummah...

Pencetus Ummah ni satu rancangan realiti berkonsepkan keislaman, kalau sebelum ni kita selalu dengar imam muda, haa pencetus ummah ni lebih kurang lah kot, mungkin Pencetus Ummah ni sequence kepada imam muda, peh sequence dia da macam twilight punya sequence der...

Aku ingat lagi sebelum aku sambung zaman sekolah aku kat Kisas, ada jugak seorang senior aku merangkap jiran aku yang terpilih menyertai Imam Muda 1... Imam Muda Syakir..

masa kat kisas ada jugak member aku yang nak cakap nak masuk imam muda tapi tak dapat
ok berbalik kepada pencetus ummah tadi...

Time tau dia terpilih masuk rancangan tu,aku dalam hati fuhh memang kagum dengan dia ni, masa kat matrik lagi aku memang aku dah salut dengan kebolehan mamat ni berpublic speaking, aku kalau nak cakap depan orang ramai memang susah r, habis gigil satu badan, dah macam takde tulang lutut kaki aku menggeletar, time tu la rasa macam-macam... sakit perut la, nak terkucil la, nak berry la semua ada, pengucapan awam aku memang low tahap paling low la...siyes aku cakap cara dakwah dia memang hebat...Dakwah Rock gitu...

Aku suka dengan cara dia, kalau korang jumpa dia depan-depan dengan dia ni memang takde sikit pun rasa tak selesa. if nak mintak nasihat or apa-apa je benda baik sebab gaya dia memang relek, kool je tak de nampak cam tok lebai or tok mudin pun... yang lagi buat gue kaget dia ni peserta termuda dalam rancangan pencetus ummah...

Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan ... 'ala kulli hal all the best in Pencetus Ummah yassarallahuliwalakum  =)

yang no 8 tu lah orangnye..

Dia punya tagline:
TERBUKA JANGAN HANYUT..
TERTUTUP JANGAN JUMUD..
BINA JAMBATAN BUKAN TEMBOK..
PUJI JANGAN KEJI..
SAYA DA'I BUKAN MUFTI..

Rahmat Ikhsan peserta termuda Pencetus Ummah


Ada sorang lagi kawan aku yang mana pada pandangan aku memang ohsem, Syazwan Basil ... dah la hafiz 30 juzuk quran pandai pulak tu, sukan lagi la, cakap je sukan apa... semua sukan dia hebat... ada member aku  cakap dia dapat tawaran sekolah sukan, harimau muda la, semua dia tolak yang menjadi pilihan dihati aliran agama jugak... memang hebat...  kalau aku tak tahu la, bila dah nampak banyak sangat dunia kadang-kadang kita macam dah tak nampak agama ni.. padahal semua rezeki yang kita dapat ni ujian Allah kat kita.




kalau nak cerita pasal orang-orang hebat ni memang tak habis r... aku ingat lagi ada sorang lagi member aku(ni yang lain pulak)..
time tu kitorang tengah menduduki SPM, masa tu subject bio paper 2 kalau tak silap aku. member aku ni boleh pulak dia datang lewat, bukannya seminit dua lama jugak la, masa tu dalam hati aku cakap dia ni memang takde masa depan betul... sekali time keluar result amek kau dia dapat straight A boh... 11A , Bio dia A+ pulak tu...pergggh, walaweyh ..tah pape la aku merapu ni..

kiranya hidup aku ni macam dikelilingi aura-aura positif la cuma aku je belum dapat aura tu..aku pernah cerita pasal member-member aku yang ohsem ni kat sorang nih..dia cakap kau ni untung la ada member yang hebat-hebat tapi kesian r...yang aku heran asal lak kesian ngan aku???tapi bila aku pikir-pikir balik betul jugak apa yang dia cakap tu... aku selalu bangga gebang lebat pasal kehebatan kawan-kawan aku tapi aku rasa dorang takdesorang pon yang bangga dengan aku... =/

tapi itu lah, sebenarnya apa yang kita aggap hebat tu tak semestinya sama dengan pandangan agama...
ada orang tanya...

'camna nak jadi hebat macam .....?'

mungkin kita kena jadi diri sendiri, betul tak?...
kan =)

SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST

jom follow mengfollow

Sunday, October 27, 2013

Luahan Hati Seorang Isteri

ASSALAMUALAIKUM
Aku rasa macam dalam kewas-wasan sikit malam ni, was-was sama ada perlu ke tulis pasal ni. walaupun aku masih belum berumah-tangga ada pulak orang yang email kat aku masalah dia mintak aku post, ok la kita post, lama da email nih, aku pernah publish kat blog lama aku tapi aku dah lupa password blog tu sebab time tu buat blog bodo-bodo je, bosan...harap-haraplah usaha ciput ni dikira sebagai kerja dakwah di jalan Allah untuk saling menyedarkan sape yang tak jugak nak sedar-sedar bahaya nya dosa benda nih...

bawah ni ialah tulisan email nya:



Assalaamu’alaikum…

Harap permasalahan ini dpt dipublishkan ke blog anda agar dpt pandangan dan menjadi nasihat utk org lain.

Sedihnya rasa bila dapat tahu suami suka menonton gambar2 dan video lucah! Rahsia ni tbongkar masa 4 bln kahwin, 1st time saya tjumpa dlm hp, kemudian dvd2 melambak tersorok dlm umah, dgn petunjuk ALLAH SWT saya tjumpa benda2 tu.Terkejut sungguh masa tu dan airmata berderai laju!


Disebabkan tgh pregnant, saya cuba elak dari marah2, kawal api kepanasan ni. Saya hya mampu menangis dan mcm2 fikir.Mak bapaknya yg dh lama duk dgn dia xkan bole x tjumpe benda2 tu dan x tahu dark secret anaknya tu.

Yang mbuatkan saya sgt2 tkejut krn, suami seorang yg bole dikatakan bagus agamanya ; selalu solat awal waktu, solat jemaah di surau stp waktu, rajin membaca Al-Quran, hafal bbrp surah alquran, hafal hadith, suka mbaca buku2 agama, pergi ceramah usrah kat surau. Macam mana pula bole tjebak dgn benda2 haram tu????

Suami juga seorg yg agak kuat seks, dan sy sentiasa memenuhi khendaknya tanpa menolak. Siasat punya siasat rupanya sumbernya dari adik dia, adik dialah yg beli dvd2 tu, download dr internet pastu sama2 share dgn abg die! Adik beradik sama je!!!

gambar gua rembat


Dh byk kali sy tjumpa benda2 tu dlm hp, pc, dvd sumenye sy buang.Tapi sy dimarahi dan dikasari pula dsebabkan buang benda2 tu, suami tetap mpertahankan maksiat haram tu dgn mcm dolak dalih dia..katanya nak ‘study teknik’, suka tgk body pompuan (sy sedar body sy x secantik mcm pelakon2 x senonoh tu, tp cukup bsyukur dgn kejadianNYA ini) dan katanya “dosa mbunuh pun ALLAH ampunkan, maksiat mata ni bole btaubat, ALLAH ampunkan jugak”. Nauzubillah..

Benarla dunia akhir zaman ; kita cuba amar makruf nahi mungkar, tp dikritik dan dipersoalkan. Bila sy tanya adakah die x puas dgn saya? dijawabnya tidak, malah sy sentiasa memenuhi khendaknya tanpa menolak wpun tgh sarat hamil.

Kini dah 2 thn kahwin, suami masih x b’ubah..saya nampak dgn mata kepala sdri die dok sedap layan benda2 tu!!! astaghfirullah hal azim. PC ofis, pc sy pun tsimpan benda2 haram tu, game seks pun ade! Skrg ni dh sebulan pc di rumah sy bwak kuar dari umah tu letak di ofis sy.

Saya nasihat, tegur dgn berhemah, lemah lembut, sopan santun (x pernah sikit pun sy bkasar tinggi suara kat die) tarbiyah, send email artikel2 agama…masih x jln. Dlm senyap2 dia download benda2 tu, sume sy dpt kesan walaupun dia cuba menipu.

Alhamdulillah ALLAH gerakkan hati sy dan beri petunjuk.Dah puas sbnrya sy selalu nasihat, tegur dgn baik, solat hajat, doa kpd ALLAH dan terus berdoa.


Minta nasihat kwn2 sekalian apa yg bole sy lakukan agar suami sedar insaf dan tinggalkan tabiat buruknya ni???Minta Tolonglah sya xnak airmata ni sia2 keluar krn memikirkan hal manusia.

Aku masa dapat email ni rasa kesian gak dengan orang ni tapi aku rasa lagi kesian dengan laki dia, alah semua dah besar kan, kemonla, konpem kita tau yang semua nikmat yang Allah bagi kat dunia ni Allah akan persoalkan balik nanti so haa paham-pahamlah.  

Wallahu'alam =)

Thursday, October 17, 2013

Raya Haji Punya Cerita..

ASSALAMUALAIKUM

Okey, kali ni aku nak tulis pasal raya haji, aku pon tak tau tetibe je malam ni aku bernafsu nak tulis pasal raya haji nih, mungkin sebab aku dah beberapa tahun tak beraya haji kat Kelate. Masa form 4&5 raya di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan lagi sekali masa kat Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) sebab tarikh raya haji clash dengan jadual Peperiksaan Semester Program Matrikulasi so sebagai pelajar berwibawa lagi berintegriti memang aku tak akan balik kampung, nak study hard la kononnya.

Satu lagi sebab aku tulis pasal raya haji ni ialah untuk menggamit memori kawan-kawan aku yang belajar kat obersea lagipun aku nak bagi dorang jeles sikit sebabnye aku memang dengki, iri hati, riak, takabbur(semualah sifat-sifat buruk) dengan budak-budak yang studi obersea nih, aku tau ada antara dorang yang baca tulisan aku ni sebagai silent readers sebab bila aku tengok kat pageviews ada gak dari UK, India, Jordan, Mesir, Russia dan Indonesia... yelah tak kan la mat saleh pulak nak baca blog yang tah pape ni.

Especially aku nak tuju entry nih kat dak Luqman nih ... hehe

makin berisi orangnya walaupun dah berapa tahun x raya haji 


Bagi aku memang kat Kelantan raya haji lagi meriah dari raya puasa. sebab apa? sebabnya time ni la dapat tengok semangat kerjasama semua orang lebih-lebih lagi family sendiri.

Macam raya-raya sebelum ni, kita akan bangun awal nak mandi sunat, makan sunat,buat semua benda sunat (jangan hari tu baru nak sunatkan adik korang dah kan x beraya pulak budak tu) dan yang paling penting tak nak terlepas solat sunat raya. Sementara tunggu tukang sembelih kita posing dulu...


Lepas sembahyang raya aku akan terus balik rumah nenek nak tengok orang korban dan sama-sama nak tumbangkan lembu, kalau yang jinak takpe la, maunya yang gengster tak pasal-pasal lembu tu gi sondol tukang sembelih tu, aku tak nak peristiwa telur di hujung tanduk berlaku depan mata aku, kan trauma pulak

Yang sembelih tu okay lagi sebab aku tak buat pape pon, yang penat time nak lapah lembu tu, amek masa jugak la dalam sejam lebih, yang aku heran ada aku tengok video kat youtube orang arab rilek je lapah unta, 4 minit je...

arwah dulu baik orangnya
Lapah daging ni lah yang aku rasa boleh mengeratkan serta merapatkan silaturrahim(bukan setakat silaturahim je semua yang tak rapat pun boleh jadi rapat bila buat kerja sama-sama nih), haha sembang nak lebat je kau ni >_<

Petang tu jugak kita buat sate sama itu lembu, kita makan besar ini malam. lu mau main r lengcai wa main laa, tetibe je berubah mood gengster  =)


ok langkah pertama kita cucuk daging dulu




selalu sedara perempuan aku yang ambik kerja ni,aku malas sikit


gambar tak jelas sebab silap seting, aku pi seting miniature effect

ha bab bakar sate ni aku rajin, bak kata pepatah sambil membakar sambil melantak
akhirnya terciptalah sate tersedap di alam semester matrikulasi.
ok aku tipu sebenarnya ni gambar kat restoran sate kajang haji samuri =)  

Sebenarnya banyak ibrah yang boleh kita ambik dari hari aidiladha ni, aku teringat naqib aku cakap, korbankan ismail mu tu boleh jadi ismail tu masa tidur kita atau masa makan kita boleh jadi perkara-perkara lagha kita takpun masa online kita, kan =)

Ohh lupa lak sebelum aku chow ada makhluk yang kirim salam, tu kat bawah tu :

jangan biarkan ini kepala menghantui malam anda
Bye <3

Friday, October 4, 2013

Hmmm Dah Masuk Universiti

ASSALAMUALAIKUM

Masuk hari ni genaplah sebulan aku berada di alam universiti yang fana ni. Aku ingat lagi sebelum masuk u time kat matrik ngan sekolah dulu aku selalu dengar nasihat like these : 

"kat matrik ni je kita study hard nanti masuk u ilek r"

"kat u nanti syoook kelas dua tiga jam je sehari"

"kau jangan risau kita ni laki, kt u nanti mesti hot punya awek bersepah kot"

Tapi kan korang tau tak yang semua ni just mitos or bedtime story untuk aku, semua ni langsung tak berlaku dalam hidup aku kat u. Why??? because im an engineering student waaaa. padan muka kau sape suh mintak engineering, aku ingat lagi ayat timbalan dekan fakulti ak :

"belajar kat universiti ni memang rileks tapi sorry to say la bukan kat USM"

Time tu dalam hati aku sound diri sendiri padan muka kau lagi sekali sape suruh hang gatai tangan pilih usm, yang hang pi reject UPU tu buat pa??? aku pilih usm sebab selepas aku buat research hanya usm je yang menawarkan kos mineral resources engineering, lagipun usm kan Research University dapat APEX pulak tu, ha sebab tu lah aku nekad untuk reject satu lagi tawaran dari u len. =')

yang lagi menambahkan aku punya kecuakan ialah untuk mendapat 4.0 flat di usm kampus engineering merupakan satu benda yang boleh dikatakan mustahil tahap gila nak mati hidup balik pon tak leh buat punya. apa aku merepek ni? haha tapi benda ni memang betul, kalau korang dapat skor 3.0 and above di kampus ni maknanya korang ialah salah seorang ciptaan yang hebat yang masih wujud zaman ni =)

Lagi sedih ialah bila aku dapat tahu yang jadual aku tidaklah serenggang macam yang aku dengar sebelum ni tapi seerat hubungan silaturahim antara suami dan isteri, anak dan abahnya, macam tu lah gambaran betapa packnya jadual kat sini

And yang paling menambahkan kesedihan dan frust sebab sini tak ramai awek, hihi gatai... Weyh kau masuk u nak balajar then dapat kerja or just nak cari awek bro? betulkan balik niat kau tu!! Nak dijadikan cerita memang betul pon yang fakulti aku majoriti laki, perempuan sikit gila, kan sebelum masuk u orang selalu cakap yang ratio perempuan lagi tinggi daripada laki.

And yang paling pasti ialah berat badan aku akan kembali menurun sepanjang kat universiti ni, sebabnya aku ni jenis yang cepat muak dengan masakan yang sama je, mengada kan =P, hehe empat bulan kat rumah sebelum daftar u naik la jugak berat aku dalam 55kg sekarang masuk u sebulan turun balik jadi 50kg.


gambar after xde sebab x ambik gambar lagi kat usm nih hehe  ><

*papepon aku memang jeles ngan usm kampus induk dah la besar, cantik, dekat bandar untuglahhh...

Monday, August 19, 2013

Islamku

hai =) boleh berkenalan? mind intro?
  
pickup lines cam budak sekolah je.. issy, kenapa gedik sangat ni, kalau ada banyak sangat masa free sampai ada masa nak ngorat orang apa kata kita gunakan sikit masa tu untuk doakan saudara kita di Syria dan Mesir. Lebih elok kita doakan mereka setiap waktu setiap kali lepas solat ataupun dengan menggunakan qunut nazilah.

bro, gua x tahu sangat la apa yang orang Mesir buat sampai main perang-perang ni, explain please?
bukan setakat Mesir yang Iraq, Afghanistan, Iran, Syria, Palestin, Lahad Datu dulu pun gua x sempat nak update, takde angin takde apa tiba-tiba Mesir pulak bergoyang..pening gua

mungkin kita terlalu sibuk sampai tak sempat nak ambik tahu pasal orang-orang Islam kat sana. Sebenarnya bagi aku benda ni bukanlah hanya sekadar membabitkan hak kemanusiaan tapi yang lebih penting lagi ini melibatkan aqidah kita sebagai umat islam. Contohnya kat Palestin di mana Masjidil Aqsa yang menjadi lokasi penting semasa peristiwa israk mikraj Nabi Muhammad S.A.W. Sama gak dengan apa yang berlaku kat Mesir sekarang memang kena tahu dan paling kurang doakan mereka kerana kita orang Islam bersaudara.

pergolakan kat Mesir sekarang disebabkan rampasan kuasa oleh tentera yang menggulingkan Presiden Mursi yang dipilih secara sah pada pilihan raya Mesir lepas. Jeneral Abdul Fatah al sisi yang mengetuai tentera bermula 3 Julai lalu dan penyokong Mursi membuat bantahan dengan protes ke atas penggulingan itu.
Tentera pulak dah makin gila membuat serangan balas sampai rampai orang awam pun kena tembak, kena tembak time solat pulak tu. tak ke kejam tu?

tapi yang aku respect diorang ni walaupun dalam keadaan darurat still jaga hukum hakam. bab aurat,ikhtilat laki pompuan. macam dalam gambar ni.


hebat kan, memang gua salut sama lu. kat negara kita pulak tak payah cakap la. ngehngeh. hehe

Saturday, August 17, 2013

Open House

Dalam dua minggu lagi aku akan menghabiskan masa cuti dan akan mendaftar sebagai seorang mahasiswa kat USM, member lain semua macam excited tak sabar nak jadi budak u tapi aku rasa lain macam pulak. Makin dekat makin berdebar rasanya, semua aku buat macam tak kena, mungkin sebab nak jadi budak baru dan mungkin jugak sebab aku takde geng kat sana. Tahun masa nak daftar matrik takde la rasa nervous sangat sebab memang ramai member yang dapat sana. Tiga orang dalam bilik aku semua kawan dari sekolah lama sebab tu la rilek je, tak lah gelabah cam sekarang.

Sesak jadinya time openhouse

Masih lagi musim raya jadi ramai la yang buat rumah terbuka,rumah aku tak terkecuali.
Boleh la jumpa member lama. Tengah syok sembang ada sorang pak cik ni tanya aku 
''anak perempuan saya pun ada jugak yang baru habis matrik, kenal ? dalam hati aku terus cakap memang tak la bukannya saya kenal semua kat matrik tu, saya kenal yang lawa je =p. ngehngeh
Lepas siap makan dia panggil anak perempuan dia, perghh memang lawa la, kalau tahu lawa awal-awal tadi mesti aku lebih sopan dengan pak cik tu. Tapi yang herannya memang aku tak pernah nampak awek tu sebab paling kurang orang yang sama daerah ni akan naik bas yang sama time semester break, aku tanya la awek tu ''hmm dulu matrik mana ehh? selamba dia jawab ''matrik gambang Pahang. patutla saya matrik Melaka pak cik, sah-sah la saya tak kenal budak matrik lain... Ayoyo

Wednesday, August 14, 2013

Saya Blogger Baru

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama nak buat blog macam orang lain dari dulu lagi, akhirnya tercapai jugak cita-cita. Alhamdulillah.
Dapat la gunakan waktu cuti sebelum masuk daftar universiti first degree untuk buat blog. hmm memang sangat-sangat mentah dalam dunia blogging dan terima kasih kat kengkawan yang mengajar sikit sebanyak.

Monday, August 12, 2013

Pastikan Selamat

ASSALAMUALAIKUM

amacam duit raya? banyak tak? tengok soalan pun dah nampak yang aku ni dok dalam golongan yang bermata duitan kan. Sebenarnya aku ni bukan setakat mata duitan, mata lain pun aku termasuk jugak, mata-mata, mata rabun, mata empat, mata hati, mata keranjang je bukan. Walaupun aku aku da masuk umur yang ke 19 tahun ini tapi masih ada yang sudi menghulurkan seciput angpau untuk insan seperti aku. Macam best kan jadi aku. Takde best pun, orang bagi tu pun sebab aku dah merayu-rayu dengan muka innocent macam minta penyepak dua kali. And last-last dapatlah aku berbangga dengan jumlah terkumpul duit raya aku sebanyak RM180. Sedikit pembetulan ya, umur saya pada masa saya tengah menaip ni ialah 18 tahun 11 bulan, belum masuk 19 lagi.(so? apa motif kau cakap camtu) maknanya aku nak merasa zaman muda lagi la.


Semalam layan game malaysia ngan barca, okay la untuk jadi bahan tontonan bagi aku yang dah lama tunggu perlawanan bola, maksudnya untuk melepaskan rindu sebab lama tak tengok bola tapi bagi yang nak layan perlawanan bola game tu tak best sangat la, sebab? sebabnya simple sebab Malaysia gunakan corak bertahan je dan bila timing elok terus buat counter attack(woi banyak bunyi la kau ni!!!kalau kau terer sangat kau pergi main sendiri la nak tengok) janganlah cakap camtu sebab saya ni cuma peminat je, dah namanya peminat secara tidak langsung aku juga dilantik sebagai pemerhati bebas dan merangkap sebagai pengkritik yang membina bola sepak seantero dunia okay, takmo marah-marah okay, piece yaww =D(alah padahal aku ni keyboard warrior je pun) 

Di sini aku nak senaraikan beberapa amalan selamat pada musim cuti ini :

  1. Jika ternampak adik-adik yang sedang memegang antena tv pada waktu Maghrib awasi mereka, kemungkinan diorang tengah rancang untuk bermain mercun dengan cara yang lebih kreatif dan ganas.
  2. Sebelum meninggalkan rumah, pastikan keadaan rumah selamat. Semua pintu telah dikunci.
  3. Biarkan selipar dan kasut dalam keadaan tidak tersusun. Pencuri atau mereka yang ingin pecah masuk ingat ada orang dalam rumah.
  4. Simbahkan rumah anda dengan cat merah, orang akan ingat ini rumah gangster dan tidak akan berani untuk kacau.
Selamat Beramal =)

Monday, August 5, 2013

Letupan Raya

ASSALAMUALAIKUM

Takut betul zaman sekarang ni. Hari-hari aku dengar orang kena tembak. Hari ni dekat rumah aku seorang kontraktor mati kena tembak. Apa la kesalahan dia sampai kena camtu. Selalunya dalam setiap kes tembak tu ada cerita tersendiri. Dalam pada orang ramai tengah  sibuk berkumpul kat balai raya nak ambik Bantuan Raya 1Malaysia, dalam masa yang sama penembak-penembak semua sedang giat mengagihkan Bantuan Tembakan 1Malaysia kepada mereka yang terpilih. Diorang dah kenapa eh? Tak kan la takde sikit pun rasa simpati masa nak tembak tu. Ke diorang tengah buat latihan menembak untuk Sukan Sea hujung tahun ini.

Semalam,

Dalam perjalanan nak pergi airport aku lalu depan HUSM, teringat pulak cerita kat paper pasal budak kena mercun, mata kiri buta ngan jari putus. Aku sebenarnya kesian dengan budak yang kena camni. Bukan apa lahir elok-elok sempurna kan dah tak pasal-pasal join keahlian golongan istimewa. Ada cara yang selamat nak main mercun , yang tak selamatnya bila budak-budak ni memandai nak jadi saintis, buat eksperimen sendiri. Adik aku pun ada yang pernah kena mercun. Budak lagi, umur baru 5 tahun time tu.

ni lah orangnya

Pendekkan cerita, selepas balik terawih aku tertinggal mercun kat ruang tamu, apa lagi budak ni terus mengambil kesempatan di atas kelalaian aku yang lemah itu dengan mencuba sesuatu yang baru, dengan pantas dia ambik bunga api dan membakar seguni kecil mercun bola yang aku tinggal tadi. Tiba-tiba aku yang sedang menukar baju di dalam rumah terdengar bunyi letupan yang agak kuat yang bersambung dengan suara budak menangis. Aku dah boleh teka suara tu, bila aku keluar aku nampak darah penuh kat atas lantai, jari adik aku pulak dah mula bersepah kat atas lantai macam cerita hantu siam. ok tu aku tipu. Sebenarnya masa tu adik aku macam tak kena papepon, itu yang membuatkan kitorang sekeluarga hairan. Dia cuma menangis sebab terkejut dengan bunyi mercun je. Mungkin ada yang menyelamatkan dia. Sampai sekarang aku masih hairan sebab kalau mengikut teori pakar-pakar mercun sedunia benda ni mustahil sebab dua biji mercun bola dah boleh mematahkan kayu, ini kan pulak seguni?






Saturday, August 3, 2013

Dua Tiga Hari Lagi Nak Beraya

ASSALAMUALAIKUM


Sekarang ni semua orang tengah sibuk dengan persiapan raya, aku pulak macam biasalah tak excited sangat dengan raya, sebenarnya kadang-kadang aku ada rasa bosan nak beraya, tapi part yang bestnya bila semua orang berkumpul kat rumah nenek aku, semua orang bukak cerita masing-masing, lagi-lagi pak cik aku yang dok luar Malaysia. Mak ayah aku sudah bertanya khabar pasal baju raya(macam skema sangat pulak ayat aku ni), aku tak kisah pun kalau takde t-shirt raya, kasut raya dan semua berkaitan dengan raya asalkan aku ada sepasang baju melayu yang sama warna dengan tema keluarga untuk tahun tu, itu dah ok.

''Pan, jap lagi ikut abah solat zohor kat masjid lepas tu kita terus pi cari baju raya'' pesan ayahku.

Dalam hari yang sama adik aku pulak sibuk mengajak aku untuk membeli baju raya di tempat yang lebih class gitu. Aku ni dah la manusia yang jenis kurang stamina, kurang tahap kecergasan, main bola half time pun dah penat, inikan pulak nak pergi pusat shopping complex tengah-tengah puasa ni. Bagi aku aktiviti yang paling best time sepanjang bulan puasa ialah bertukar kepada spesies dugong selama 12 jam, tidur je tak bangun-bangun. Lagipun ini ialah kali pertama aku berpuasa di rumah sebulan penuh setelah beberapa tahun berpuasa di tempat orang.

Tapi dalam dugong-dugong aku, aku terfikir, ruginya aku kalau bulan ramadan ni aku tak dapat banyak pahala. Nak buat macam mana ea? Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya, sempat lagi ke aku bolot pahala banyak-banyak sebagai bekal aku di hari kemudian(tetibe je aku rasa insaf & jadi serius) .

Ya tidak banyak yang aku boleh buat dalam masa dua tiga hari ni. Tapi sebenarnya banyak yang kita boleh dapat dengan manfaatkan setiap minit yang ada. Ni aku nak kongsi sikit. Contohnya :

  • Beristighfar sebanyak 50 kali
  • Berzikir subhanallah sebanyak 100 kali
  • Membaca al-fatihah sebanyak 5 kali
  • Memberi salam kepada 5 orang (yang ni aku cuma sempat guna facebook je sebab aku dok rumah)
  • Membaca al-Quran satu halaman
Banyak jugak sebenarnya yang kita boleh buat dalam seminit ni. So, dalam kita sibuk dengan persiapan fizikal meh sekali-sekala kita sibuk kan diri dengan persiapan dalaman.