Thursday, December 19, 2013

Wanita Syurga Bidadari Dunia

Kau kenalkan aku dengan sebuah cinta. Namun kau juga kenalkan aku dengan putus cinta.


Weh muslimah tu macam mana??? 

 Muslimah ni seorang wanita islam. Sebenarnya tak susah pun nak jadi muslimah, mungkin ada yang cakap:

“saya ni teruk r, text laki tu, text laki ni, semua laki saya pernah text, cakap je, hensem tak hensem,boyfren orang ke laki orang ke semua saya dah expert, tolong la jangan panggil saya muslimah, x layak kot”

Sebenarnya title muslimah tu semua wanita Islam layak dapat, simple je, muslimah ialah wanita Islam yang berkeperibadian Islam. Tapi lain pulak dengan solehah, wanita Islam yang hidupnya atas landasan Islam dan istiqamah dengan keperibadian Islam.
.
So, kalau nak jadi solehah, wajiblah jadi muslimah dulu sama gak dengan laki kalau nak jadi soleh perlulah jadi muslim dulu =)

Muslimah yang solehah akan sentiasa ada perisai yang kukuh. Kuasanya sangat hebat,bahkan mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.

Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, sebenarnya tak de la nampak macam nak pergi perang tapi muslimah yang bertudung labuh kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. As we know neraka itu 'hot' and syurga itu 'sweet'  ><

Tudung labuh lah perisai tu. Senang kata boleh buat hipotesis sekolah rendah iaitu semakin labuh tudung seseorang, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Kat tudung labuh sendiri sudah tertulis "aku seorang muslimah" tanpa perlu di war-war kan pemakainya.


Sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Ia melindungimu, tiada siapa yang dapat  membolosinya kecuali diri sendiri. Jangan sesekali membolosinya dengan perlakuan yang melampau kerana apabila anda membolosinya, bermakna anda juga membolosi perisai muslimah yang lain.

Tidak dapat dinafikan, setiap muslimah yang sedang berada di alam remajanya pernah mengalami ujian bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam ataupun lebih.
Lelaki mudah meluahkan kata-kata manis untuk mendapatkan cinta daripada seorang Hawa. Seorang sahabat muslimah membuat analogi bahawa cinta seorang muslimah ibarat madu. Madu cinta itu akan diteguk untuk menghilangkan dahaga yang tidak akan hilang.
Cinta itu maruah seorang wanita. Sememangnya maruah muslimah itu sangatlah cantik.
Bagaimana pula kalau sudah terlanjur?
Sebenarnya, tiada istilah terlambat untuk berubah.Sebenarnya cinta itu fitrah. Fitrah sebagai manusia kita nak mencintai dan dicintai. Cuba kita alihkan fitrah cinta itu kepada Allah. Setelah bermacam-macam nikmat yang Allah bagi kepada kita. Adakah kita still nak mencintai orang yang langsung tidak bagi apa-apa dalam hidup kita? Kalau ada pun tak mungkin manusia akan bagi sebanyak yang Allah telah bagi =)

Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan manusia, manusia akan pergi. 
Cintakan Illahi itu yang abadi.

Monday, December 9, 2013

Couple with Allah

"Kalau kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Ayat tu memang betul dan ayat tu memang terpatri kemas dalam hati ini. Kadang-kadang benda ni agak susah sebab tidak semua antara kita yang sanggup memendamkan rasa cinta begitu sahaja.
Kalau nak bercinta ikut cara Islam macam mana eh?
Sebenarnya ada beberapa cara bila kita rasa kita ni dah suka dengan someone.. <3
Meh baca ni… 
Couple with Allah . Engaged with Iman . Married with Hidayah and Insya'Allah forever in Jannah <3
1 ) Pendam dan berdoalah kepada Yang Maha Mengetahui 
First, kita rasa suka someone kita tak boleh terus terburu-buru untuk meluahkannya. Yelah kan kena reject sape yang malu. Lagipun takut perempuan/lelaki itu dah suka orang lain kerana jodoh ini semua Allah dah tetapkan.So kita pendam dan luahkan kat Allah dulu sebab Allah tu lebih mengetahui.
So, meluahkan kepada Allah ialah cara terbaik sebab Allah tak akan bagi sesuatu melainkan kita berhak mendapat nya. Tajdid niat duludan  niatkan apa yang kita buat ini bukanlah sebab just untuk mendapatkan jodoh yang baik tetapi semata-mata kerana Allah.
Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu. Insyaallah Allah akan bagi jodoh yang sekufu.
Firman Allah dalam Al-Quran:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)

2) Tapis dahulu sebelum mencintai

 Cinta dating tanpa kita minta. Kadang-kadang first time tengok kita dah jatuh hati dengan seseorang tapi sebelum kita mencintai orang nilailah cinta kita itu semula.
Tapis dulu kenapa kita mencintai seseorang? Sebab dia cantik ? Sebab harta kekayaan? Nafsu? Hmm sebab apa ea? Atau untuk memuliakannya dengan menikahinya kerana Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikan"
"Aik, kau ni takde nafsu ke?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.

3) Jauhi couple

Sekiranya telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara bukan budaya Islam. Sesungguhnya bercouple ini menjerumuskan diri untuk mendekati zina. Al-Quran ada menyebut, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Walaupun mungkin ada yang cakap;
“Kalau keluar pun kami jaga ikhtilat”
“aku tak contact sangat pon dia kecuali kalau ada benda penting je..."
"Kitorang selalu akhiri majlis dating dengan tasbih kafarah dan surah al-asr"
“Kami mention kat twitter je pon”
Betul tapi kita tak sedar sebenarnya dengan benda-benda ni lah kita dah buat maksiat iaitu zina hati.
Couple ni memang indah tetapi beracun. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga kita dijauhkan daripada semua maksiat yang mendekati zina.

4) Istikharah dan berbincang
Keputusan yang berkat ialah jika kita mendapat bantuan Allah. Tak ada sorang pun akan rugi dengan berdoa kepada Allah. Buat lah solat istikharah untuk meminta petunjuk dan bermusyawarah lah dengan orang yang dipercayai.
5) Membuat keputusan mengikut Iman
Bersyukurlah andai diberi kelapangan setelah solat istikharah yang kita lakukan. Petunjuk daripada istikharah bukan hanya pada mimpi tetapi ketenangan hati, hati yang lapang dan keyakinan yang kuat terhadap sesuatu perkara juga merupakan petunjuk daripada Allah.So pilihlah seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.


Sunday, December 8, 2013

Mini Giveaway RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Thursday, December 5, 2013

Maafkan Aku


"Kau rasa aku ok tak ?" Aku rasa aku ni dah rosak r. Banyak sangat dosa. Subuh pun dah banyak kali subuh gajah…Aku rasa insaf ni pon sebab tadi mak aku call, dia pesan jaga diri, jaga solat, solat tu jangan tinggal walaupun kat mana-mana.

"Apa yang mak kau pesan tu, itulah yang nabi pesan…Kita ni Bani Adam. Semua Bani Adam buat kesilapan."

"Really?"

"Yup. Dan sebaik-baik Bani Adam tu yang bertaubat atas kesilapan2nya."

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)"

(Surah ali-Imran ayat 4)


*maaf atas kelemahan diri ini ya Allah.
Add caption

"Blog Review By Zayani Zulkiffli".




Komen?? erm.. apa eh... tapi yang pasti design blog Zayani lagi smart dari blog kita..hehe =)