"Kalau kita mencintai
seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang
menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah,
kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Ayat tu memang betul dan
ayat tu memang terpatri kemas dalam hati ini. Kadang-kadang benda ni agak susah
sebab tidak semua antara kita yang sanggup memendamkan rasa cinta begitu
sahaja.
Kalau nak bercinta ikut
cara Islam macam mana eh?
Sebenarnya ada beberapa
cara bila kita rasa kita ni dah suka dengan someone.. <3
Meh baca ni…
![]() |
Couple with Allah . Engaged with Iman . Married with Hidayah and Insya'Allah forever in Jannah <3 |
1 ) Pendam dan
berdoalah kepada Yang Maha Mengetahui
First, kita rasa suka
someone kita tak boleh terus terburu-buru untuk meluahkannya. Yelah kan kena
reject sape yang malu. Lagipun takut perempuan/lelaki itu dah suka orang lain
kerana jodoh ini semua Allah dah tetapkan.So kita pendam dan luahkan kat Allah dulu
sebab Allah tu lebih mengetahui.
So, meluahkan kepada Allah
ialah cara terbaik sebab Allah tak akan bagi sesuatu melainkan kita berhak
mendapat nya. Tajdid niat duludan
niatkan apa yang kita buat ini bukanlah sebab just untuk mendapatkan
jodoh yang baik tetapi semata-mata kerana Allah.
Jika kita berusaha menjadi
hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Insyaallah Allah akan bagi jodoh yang sekufu.
Firman Allah dalam Al-Quran:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah
sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Tapis dahulu sebelum
mencintai
Cinta dating tanpa kita minta. Kadang-kadang first time tengok
kita dah jatuh hati dengan seseorang tapi sebelum kita mencintai orang nilailah
cinta kita itu semula.
Tapis dulu kenapa kita
mencintai seseorang? Sebab dia cantik ? Sebab harta kekayaan? Nafsu? Hmm sebab
apa ea? Atau untuk memuliakannya dengan menikahinya kerana Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak
kahwin itu bukan sebab kecantikan"
"Aik, kau ni
takde nafsu ke?"
Ya, benar!. Sebagai manusia
kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan
kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu
bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun,
antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan
yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhi couple
Sekiranya telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk
menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara bukan
budaya Islam. Sesungguhnya bercouple ini menjerumuskan diri untuk mendekati
zina. Al-Quran ada menyebut, "la
taqrabuz zina" yang bermaksud,
"Janganlah kamu dekati zina" yang mana para ulamak
mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Walaupun mungkin ada yang cakap;
“Kalau keluar pun kami jaga
ikhtilat”
“aku tak contact sangat pon
dia kecuali kalau ada benda penting je..."
"Kitorang selalu
akhiri majlis dating dengan tasbih kafarah dan surah al-asr"
“Kami mention kat twitter
je pon”
Betul tapi kita tak sedar
sebenarnya dengan benda-benda ni lah kita dah buat maksiat iaitu zina hati.
Couple ni memang indah
tetapi beracun. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun
pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk
ditelan. Moga kita dijauhkan daripada semua maksiat yang mendekati zina.
4) Istikharah dan
berbincang
Keputusan yang berkat ialah
jika kita mendapat bantuan Allah. Tak ada sorang pun akan rugi dengan berdoa
kepada Allah. Buat lah solat istikharah untuk meminta petunjuk dan
bermusyawarah lah dengan orang yang dipercayai.
5) Membuat keputusan
mengikut Iman
Bersyukurlah andai diberi
kelapangan setelah solat istikharah yang kita lakukan. Petunjuk daripada
istikharah bukan hanya pada mimpi tetapi ketenangan hati, hati yang lapang dan
keyakinan yang kuat terhadap sesuatu perkara juga merupakan petunjuk daripada
Allah.So pilihlah seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama
yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah.
Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat,
gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah
merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
ok bagus pu rahmat ni. hihi. nk berkenalan lg dekat bleh?
ReplyDeletenice entry. thanks for sharing :D
ReplyDeleteNice =)
ReplyDeletenice entry...http://mohdzul97.blogspot.com/
ReplyDeletenice entry =)
ReplyDeletenice :)
ReplyDeletelah baru perasan budak matrik aku upenye yg empunya blog nie .hehe
ReplyDeletehehe kmm jugak ea. nice =)
Deletehi
ReplyDeleteifa sampai jugak kau sini ye =)
Deletesy follow sini, betol2 nice share
ReplyDeletethanks fren =)
DeleteAssalamualaikum .
ReplyDeleteLawatan khas ke blog anda.
Salam perkenalan . Apapun, cinta kpd Allah swt mestilah mendahului segalanya
tme ksh abe mirul... sek kto =)
Delete