Monday, August 19, 2013

Islamku

hai =) boleh berkenalan? mind intro?
  
pickup lines cam budak sekolah je.. issy, kenapa gedik sangat ni, kalau ada banyak sangat masa free sampai ada masa nak ngorat orang apa kata kita gunakan sikit masa tu untuk doakan saudara kita di Syria dan Mesir. Lebih elok kita doakan mereka setiap waktu setiap kali lepas solat ataupun dengan menggunakan qunut nazilah.

bro, gua x tahu sangat la apa yang orang Mesir buat sampai main perang-perang ni, explain please?
bukan setakat Mesir yang Iraq, Afghanistan, Iran, Syria, Palestin, Lahad Datu dulu pun gua x sempat nak update, takde angin takde apa tiba-tiba Mesir pulak bergoyang..pening gua

mungkin kita terlalu sibuk sampai tak sempat nak ambik tahu pasal orang-orang Islam kat sana. Sebenarnya bagi aku benda ni bukanlah hanya sekadar membabitkan hak kemanusiaan tapi yang lebih penting lagi ini melibatkan aqidah kita sebagai umat islam. Contohnya kat Palestin di mana Masjidil Aqsa yang menjadi lokasi penting semasa peristiwa israk mikraj Nabi Muhammad S.A.W. Sama gak dengan apa yang berlaku kat Mesir sekarang memang kena tahu dan paling kurang doakan mereka kerana kita orang Islam bersaudara.

pergolakan kat Mesir sekarang disebabkan rampasan kuasa oleh tentera yang menggulingkan Presiden Mursi yang dipilih secara sah pada pilihan raya Mesir lepas. Jeneral Abdul Fatah al sisi yang mengetuai tentera bermula 3 Julai lalu dan penyokong Mursi membuat bantahan dengan protes ke atas penggulingan itu.
Tentera pulak dah makin gila membuat serangan balas sampai rampai orang awam pun kena tembak, kena tembak time solat pulak tu. tak ke kejam tu?

tapi yang aku respect diorang ni walaupun dalam keadaan darurat still jaga hukum hakam. bab aurat,ikhtilat laki pompuan. macam dalam gambar ni.


hebat kan, memang gua salut sama lu. kat negara kita pulak tak payah cakap la. ngehngeh. hehe

Saturday, August 17, 2013

Open House

Dalam dua minggu lagi aku akan menghabiskan masa cuti dan akan mendaftar sebagai seorang mahasiswa kat USM, member lain semua macam excited tak sabar nak jadi budak u tapi aku rasa lain macam pulak. Makin dekat makin berdebar rasanya, semua aku buat macam tak kena, mungkin sebab nak jadi budak baru dan mungkin jugak sebab aku takde geng kat sana. Tahun masa nak daftar matrik takde la rasa nervous sangat sebab memang ramai member yang dapat sana. Tiga orang dalam bilik aku semua kawan dari sekolah lama sebab tu la rilek je, tak lah gelabah cam sekarang.

Sesak jadinya time openhouse

Masih lagi musim raya jadi ramai la yang buat rumah terbuka,rumah aku tak terkecuali.
Boleh la jumpa member lama. Tengah syok sembang ada sorang pak cik ni tanya aku 
''anak perempuan saya pun ada jugak yang baru habis matrik, kenal ? dalam hati aku terus cakap memang tak la bukannya saya kenal semua kat matrik tu, saya kenal yang lawa je =p. ngehngeh
Lepas siap makan dia panggil anak perempuan dia, perghh memang lawa la, kalau tahu lawa awal-awal tadi mesti aku lebih sopan dengan pak cik tu. Tapi yang herannya memang aku tak pernah nampak awek tu sebab paling kurang orang yang sama daerah ni akan naik bas yang sama time semester break, aku tanya la awek tu ''hmm dulu matrik mana ehh? selamba dia jawab ''matrik gambang Pahang. patutla saya matrik Melaka pak cik, sah-sah la saya tak kenal budak matrik lain... Ayoyo

Wednesday, August 14, 2013

Saya Blogger Baru

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama nak buat blog macam orang lain dari dulu lagi, akhirnya tercapai jugak cita-cita. Alhamdulillah.
Dapat la gunakan waktu cuti sebelum masuk daftar universiti first degree untuk buat blog. hmm memang sangat-sangat mentah dalam dunia blogging dan terima kasih kat kengkawan yang mengajar sikit sebanyak.

Monday, August 12, 2013

Pastikan Selamat

ASSALAMUALAIKUM

amacam duit raya? banyak tak? tengok soalan pun dah nampak yang aku ni dok dalam golongan yang bermata duitan kan. Sebenarnya aku ni bukan setakat mata duitan, mata lain pun aku termasuk jugak, mata-mata, mata rabun, mata empat, mata hati, mata keranjang je bukan. Walaupun aku aku da masuk umur yang ke 19 tahun ini tapi masih ada yang sudi menghulurkan seciput angpau untuk insan seperti aku. Macam best kan jadi aku. Takde best pun, orang bagi tu pun sebab aku dah merayu-rayu dengan muka innocent macam minta penyepak dua kali. And last-last dapatlah aku berbangga dengan jumlah terkumpul duit raya aku sebanyak RM180. Sedikit pembetulan ya, umur saya pada masa saya tengah menaip ni ialah 18 tahun 11 bulan, belum masuk 19 lagi.(so? apa motif kau cakap camtu) maknanya aku nak merasa zaman muda lagi la.


Semalam layan game malaysia ngan barca, okay la untuk jadi bahan tontonan bagi aku yang dah lama tunggu perlawanan bola, maksudnya untuk melepaskan rindu sebab lama tak tengok bola tapi bagi yang nak layan perlawanan bola game tu tak best sangat la, sebab? sebabnya simple sebab Malaysia gunakan corak bertahan je dan bila timing elok terus buat counter attack(woi banyak bunyi la kau ni!!!kalau kau terer sangat kau pergi main sendiri la nak tengok) janganlah cakap camtu sebab saya ni cuma peminat je, dah namanya peminat secara tidak langsung aku juga dilantik sebagai pemerhati bebas dan merangkap sebagai pengkritik yang membina bola sepak seantero dunia okay, takmo marah-marah okay, piece yaww =D(alah padahal aku ni keyboard warrior je pun) 

Di sini aku nak senaraikan beberapa amalan selamat pada musim cuti ini :

  1. Jika ternampak adik-adik yang sedang memegang antena tv pada waktu Maghrib awasi mereka, kemungkinan diorang tengah rancang untuk bermain mercun dengan cara yang lebih kreatif dan ganas.
  2. Sebelum meninggalkan rumah, pastikan keadaan rumah selamat. Semua pintu telah dikunci.
  3. Biarkan selipar dan kasut dalam keadaan tidak tersusun. Pencuri atau mereka yang ingin pecah masuk ingat ada orang dalam rumah.
  4. Simbahkan rumah anda dengan cat merah, orang akan ingat ini rumah gangster dan tidak akan berani untuk kacau.
Selamat Beramal =)

Monday, August 5, 2013

Letupan Raya

ASSALAMUALAIKUM

Takut betul zaman sekarang ni. Hari-hari aku dengar orang kena tembak. Hari ni dekat rumah aku seorang kontraktor mati kena tembak. Apa la kesalahan dia sampai kena camtu. Selalunya dalam setiap kes tembak tu ada cerita tersendiri. Dalam pada orang ramai tengah  sibuk berkumpul kat balai raya nak ambik Bantuan Raya 1Malaysia, dalam masa yang sama penembak-penembak semua sedang giat mengagihkan Bantuan Tembakan 1Malaysia kepada mereka yang terpilih. Diorang dah kenapa eh? Tak kan la takde sikit pun rasa simpati masa nak tembak tu. Ke diorang tengah buat latihan menembak untuk Sukan Sea hujung tahun ini.

Semalam,

Dalam perjalanan nak pergi airport aku lalu depan HUSM, teringat pulak cerita kat paper pasal budak kena mercun, mata kiri buta ngan jari putus. Aku sebenarnya kesian dengan budak yang kena camni. Bukan apa lahir elok-elok sempurna kan dah tak pasal-pasal join keahlian golongan istimewa. Ada cara yang selamat nak main mercun , yang tak selamatnya bila budak-budak ni memandai nak jadi saintis, buat eksperimen sendiri. Adik aku pun ada yang pernah kena mercun. Budak lagi, umur baru 5 tahun time tu.

ni lah orangnya

Pendekkan cerita, selepas balik terawih aku tertinggal mercun kat ruang tamu, apa lagi budak ni terus mengambil kesempatan di atas kelalaian aku yang lemah itu dengan mencuba sesuatu yang baru, dengan pantas dia ambik bunga api dan membakar seguni kecil mercun bola yang aku tinggal tadi. Tiba-tiba aku yang sedang menukar baju di dalam rumah terdengar bunyi letupan yang agak kuat yang bersambung dengan suara budak menangis. Aku dah boleh teka suara tu, bila aku keluar aku nampak darah penuh kat atas lantai, jari adik aku pulak dah mula bersepah kat atas lantai macam cerita hantu siam. ok tu aku tipu. Sebenarnya masa tu adik aku macam tak kena papepon, itu yang membuatkan kitorang sekeluarga hairan. Dia cuma menangis sebab terkejut dengan bunyi mercun je. Mungkin ada yang menyelamatkan dia. Sampai sekarang aku masih hairan sebab kalau mengikut teori pakar-pakar mercun sedunia benda ni mustahil sebab dua biji mercun bola dah boleh mematahkan kayu, ini kan pulak seguni?






Saturday, August 3, 2013

Dua Tiga Hari Lagi Nak Beraya

ASSALAMUALAIKUM


Sekarang ni semua orang tengah sibuk dengan persiapan raya, aku pulak macam biasalah tak excited sangat dengan raya, sebenarnya kadang-kadang aku ada rasa bosan nak beraya, tapi part yang bestnya bila semua orang berkumpul kat rumah nenek aku, semua orang bukak cerita masing-masing, lagi-lagi pak cik aku yang dok luar Malaysia. Mak ayah aku sudah bertanya khabar pasal baju raya(macam skema sangat pulak ayat aku ni), aku tak kisah pun kalau takde t-shirt raya, kasut raya dan semua berkaitan dengan raya asalkan aku ada sepasang baju melayu yang sama warna dengan tema keluarga untuk tahun tu, itu dah ok.

''Pan, jap lagi ikut abah solat zohor kat masjid lepas tu kita terus pi cari baju raya'' pesan ayahku.

Dalam hari yang sama adik aku pulak sibuk mengajak aku untuk membeli baju raya di tempat yang lebih class gitu. Aku ni dah la manusia yang jenis kurang stamina, kurang tahap kecergasan, main bola half time pun dah penat, inikan pulak nak pergi pusat shopping complex tengah-tengah puasa ni. Bagi aku aktiviti yang paling best time sepanjang bulan puasa ialah bertukar kepada spesies dugong selama 12 jam, tidur je tak bangun-bangun. Lagipun ini ialah kali pertama aku berpuasa di rumah sebulan penuh setelah beberapa tahun berpuasa di tempat orang.

Tapi dalam dugong-dugong aku, aku terfikir, ruginya aku kalau bulan ramadan ni aku tak dapat banyak pahala. Nak buat macam mana ea? Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya, sempat lagi ke aku bolot pahala banyak-banyak sebagai bekal aku di hari kemudian(tetibe je aku rasa insaf & jadi serius) .

Ya tidak banyak yang aku boleh buat dalam masa dua tiga hari ni. Tapi sebenarnya banyak yang kita boleh dapat dengan manfaatkan setiap minit yang ada. Ni aku nak kongsi sikit. Contohnya :

  • Beristighfar sebanyak 50 kali
  • Berzikir subhanallah sebanyak 100 kali
  • Membaca al-fatihah sebanyak 5 kali
  • Memberi salam kepada 5 orang (yang ni aku cuma sempat guna facebook je sebab aku dok rumah)
  • Membaca al-Quran satu halaman
Banyak jugak sebenarnya yang kita boleh buat dalam seminit ni. So, dalam kita sibuk dengan persiapan fizikal meh sekali-sekala kita sibuk kan diri dengan persiapan dalaman.