Thursday, December 19, 2013

Wanita Syurga Bidadari Dunia

Kau kenalkan aku dengan sebuah cinta. Namun kau juga kenalkan aku dengan putus cinta.


Weh muslimah tu macam mana??? 

 Muslimah ni seorang wanita islam. Sebenarnya tak susah pun nak jadi muslimah, mungkin ada yang cakap:

“saya ni teruk r, text laki tu, text laki ni, semua laki saya pernah text, cakap je, hensem tak hensem,boyfren orang ke laki orang ke semua saya dah expert, tolong la jangan panggil saya muslimah, x layak kot”

Sebenarnya title muslimah tu semua wanita Islam layak dapat, simple je, muslimah ialah wanita Islam yang berkeperibadian Islam. Tapi lain pulak dengan solehah, wanita Islam yang hidupnya atas landasan Islam dan istiqamah dengan keperibadian Islam.
.
So, kalau nak jadi solehah, wajiblah jadi muslimah dulu sama gak dengan laki kalau nak jadi soleh perlulah jadi muslim dulu =)

Muslimah yang solehah akan sentiasa ada perisai yang kukuh. Kuasanya sangat hebat,bahkan mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.

Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, sebenarnya tak de la nampak macam nak pergi perang tapi muslimah yang bertudung labuh kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. As we know neraka itu 'hot' and syurga itu 'sweet'  ><

Tudung labuh lah perisai tu. Senang kata boleh buat hipotesis sekolah rendah iaitu semakin labuh tudung seseorang, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Kat tudung labuh sendiri sudah tertulis "aku seorang muslimah" tanpa perlu di war-war kan pemakainya.


Sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Ia melindungimu, tiada siapa yang dapat  membolosinya kecuali diri sendiri. Jangan sesekali membolosinya dengan perlakuan yang melampau kerana apabila anda membolosinya, bermakna anda juga membolosi perisai muslimah yang lain.

Tidak dapat dinafikan, setiap muslimah yang sedang berada di alam remajanya pernah mengalami ujian bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam ataupun lebih.
Lelaki mudah meluahkan kata-kata manis untuk mendapatkan cinta daripada seorang Hawa. Seorang sahabat muslimah membuat analogi bahawa cinta seorang muslimah ibarat madu. Madu cinta itu akan diteguk untuk menghilangkan dahaga yang tidak akan hilang.
Cinta itu maruah seorang wanita. Sememangnya maruah muslimah itu sangatlah cantik.
Bagaimana pula kalau sudah terlanjur?
Sebenarnya, tiada istilah terlambat untuk berubah.Sebenarnya cinta itu fitrah. Fitrah sebagai manusia kita nak mencintai dan dicintai. Cuba kita alihkan fitrah cinta itu kepada Allah. Setelah bermacam-macam nikmat yang Allah bagi kepada kita. Adakah kita still nak mencintai orang yang langsung tidak bagi apa-apa dalam hidup kita? Kalau ada pun tak mungkin manusia akan bagi sebanyak yang Allah telah bagi =)

Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan manusia, manusia akan pergi. 
Cintakan Illahi itu yang abadi.

Monday, December 9, 2013

Couple with Allah

"Kalau kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Ayat tu memang betul dan ayat tu memang terpatri kemas dalam hati ini. Kadang-kadang benda ni agak susah sebab tidak semua antara kita yang sanggup memendamkan rasa cinta begitu sahaja.
Kalau nak bercinta ikut cara Islam macam mana eh?
Sebenarnya ada beberapa cara bila kita rasa kita ni dah suka dengan someone.. <3
Meh baca ni… 
Couple with Allah . Engaged with Iman . Married with Hidayah and Insya'Allah forever in Jannah <3
1 ) Pendam dan berdoalah kepada Yang Maha Mengetahui 
First, kita rasa suka someone kita tak boleh terus terburu-buru untuk meluahkannya. Yelah kan kena reject sape yang malu. Lagipun takut perempuan/lelaki itu dah suka orang lain kerana jodoh ini semua Allah dah tetapkan.So kita pendam dan luahkan kat Allah dulu sebab Allah tu lebih mengetahui.
So, meluahkan kepada Allah ialah cara terbaik sebab Allah tak akan bagi sesuatu melainkan kita berhak mendapat nya. Tajdid niat duludan  niatkan apa yang kita buat ini bukanlah sebab just untuk mendapatkan jodoh yang baik tetapi semata-mata kerana Allah.
Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu. Insyaallah Allah akan bagi jodoh yang sekufu.
Firman Allah dalam Al-Quran:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)

2) Tapis dahulu sebelum mencintai

 Cinta dating tanpa kita minta. Kadang-kadang first time tengok kita dah jatuh hati dengan seseorang tapi sebelum kita mencintai orang nilailah cinta kita itu semula.
Tapis dulu kenapa kita mencintai seseorang? Sebab dia cantik ? Sebab harta kekayaan? Nafsu? Hmm sebab apa ea? Atau untuk memuliakannya dengan menikahinya kerana Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikan"
"Aik, kau ni takde nafsu ke?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.

3) Jauhi couple

Sekiranya telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara bukan budaya Islam. Sesungguhnya bercouple ini menjerumuskan diri untuk mendekati zina. Al-Quran ada menyebut, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Walaupun mungkin ada yang cakap;
“Kalau keluar pun kami jaga ikhtilat”
“aku tak contact sangat pon dia kecuali kalau ada benda penting je..."
"Kitorang selalu akhiri majlis dating dengan tasbih kafarah dan surah al-asr"
“Kami mention kat twitter je pon”
Betul tapi kita tak sedar sebenarnya dengan benda-benda ni lah kita dah buat maksiat iaitu zina hati.
Couple ni memang indah tetapi beracun. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga kita dijauhkan daripada semua maksiat yang mendekati zina.

4) Istikharah dan berbincang
Keputusan yang berkat ialah jika kita mendapat bantuan Allah. Tak ada sorang pun akan rugi dengan berdoa kepada Allah. Buat lah solat istikharah untuk meminta petunjuk dan bermusyawarah lah dengan orang yang dipercayai.
5) Membuat keputusan mengikut Iman
Bersyukurlah andai diberi kelapangan setelah solat istikharah yang kita lakukan. Petunjuk daripada istikharah bukan hanya pada mimpi tetapi ketenangan hati, hati yang lapang dan keyakinan yang kuat terhadap sesuatu perkara juga merupakan petunjuk daripada Allah.So pilihlah seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.


Sunday, December 8, 2013

Mini Giveaway RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Thursday, December 5, 2013

Maafkan Aku


"Kau rasa aku ok tak ?" Aku rasa aku ni dah rosak r. Banyak sangat dosa. Subuh pun dah banyak kali subuh gajah…Aku rasa insaf ni pon sebab tadi mak aku call, dia pesan jaga diri, jaga solat, solat tu jangan tinggal walaupun kat mana-mana.

"Apa yang mak kau pesan tu, itulah yang nabi pesan…Kita ni Bani Adam. Semua Bani Adam buat kesilapan."

"Really?"

"Yup. Dan sebaik-baik Bani Adam tu yang bertaubat atas kesilapan2nya."

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)"

(Surah ali-Imran ayat 4)


*maaf atas kelemahan diri ini ya Allah.
Add caption

"Blog Review By Zayani Zulkiffli".




Komen?? erm.. apa eh... tapi yang pasti design blog Zayani lagi smart dari blog kita..hehe =)

Tuesday, November 19, 2013

Aku Nak Couple

ASSALAMUALAIKUM



COUPLE ISLAMIC…..what's that? ermm wujud ke tak benda alah tu dalam Islam? =/

sharing is caring right? jom baca cerita ni, rasanya aku dapat cerita ni dalam dua tahun lepas kot...

Cerita tentang 3 orang hamba Allah, Asyraf, Syikin dan Lim Joo Eun (lebih dikenali dengan nama bro lim). Asyraf dan Syikin sama-sama belajar di kolej matrikulasi. Beberapa lama kemudian, Asyraf jatuh hati pada kecantikan Syikin. Pipinya bak pauh dilayang. Matanya bulat bak donut di kedai Dunkin Donut. Mukanya suci dengan cahaya keimanan. First time tengok seperti melihat seorang bidadari yang jatuh dari syurga. Setiap kali pandang muka Syikin akan terngiang-ngiang lagu Nur Kasih dendangan Inteam. tapi, Asyraf kena tundukkan pandangannya. Dia cuba menahan gelojak hawa dalam hatinya kerana statusnya sebagai ketua gerakan dakwah di sana. Lagipun dia perlu menjaga siqahnya sebagai orang yang disegani di  kolej itu. Dia tidak boleh meluahkan perasaannya pada Syikin kerana risiko untuk ditangkap oleh ajk pencegah maksiat Badan Tarbiah dan Dakwah di kolej tu tinggi disebabkan Syikin ialah seorang ahli badan tarbiah tersebut. 

Satu semester berlalu...Akhirnya, apabila berada di semester dua, Asyraf sudah tidak mampu bertahan. Dia mengorak langkah pertama dan pendek cerita akhirnya, Syikin tewas pada ayat-ayat manis Asyraf, tapi kesedaran dorang sebagai orang Islam agak tinggi. Dorang tahu yang Islam tidak membenarkan ber’couple’. Jadi mereka berfikir untuk membuat satu revolusi dalam couple. Bagi mereka Islam adalah satu agama yang open dan tidak jumud. 'Cayelah Islam ni agama yang mudah, Islam takkan susahkan umatnya lah'.kata Asyraf. So terciptalah "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar je, dorang akan ke tempat awam. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Syikin pon kena pakai tudung labuh yang lebih labuh dari hari-hari biasa. Asyraf lak akan pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Lepak kedai makan, tadarrus siap bertadabbur lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Laki kat depan, perempuan kat belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic tu. So sweet kan =) (sawit la sangat)

Lepas bertahun-tahun dalam couple Islamic, Asyraf terjumpa dengan Bro Lim. Time tu Asyraf ngan Syikin dok buat liqa' muhasabah kat Starbucks. Bro Lim pi tempat dorang sebab tempat duduk lain dah penuh. Bila duduk, Bro Lim tanya ''Can i join you here?'' Yes of course jawab Asyraf. "Have you married?". "Insyaallah next year.", jawab Syikin. "Then, how can you sit with this ajnabi alone here", tanya Bro Lim. "We couple, but Islamic way la" jawab Asyraf. Bro Lim senyum je time dengar jawapan tu. Bro Lim pun start cerita dia. Cer citer ...



"Aku ni muallaf. Dulu agama Buddha. Tinggal kat Selangor. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk hospital malam tu. tapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk wad lepas peluk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat macam peringkat haramkan arak. Tapi aku…mana ada. So, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas semayang subuh dan asar aku akan bacakan maksurat untuk babi tu. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Macam tu lah kehidupan aku dan babi tu untuk tiga tahun. Lepas tiga tahun, masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Bila aku check babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku bantai je sebab dah dua tahun tak makan babi. then, aku pun buat la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! nak join tak? Babi Islam, special punya.”

korang rasa halal tak babi yang gua Islamkan tu? tanya bro Lim  =)

Friday, November 15, 2013

Jom Bukak Buku Baru...Permulaan Yang Baik




ASSALAMUALAIKUM

Dalam sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru hijrah. Maknanya dah ditutup semua buku amalan kita untuk tahun lepas dan Allah bukak buku baru.

Agak-agak apa yang sinonim dengan tahun baru ea??

Azam right?

Mungkin azam untuk tahun lepas pon tak setel-setel lagi kita da sibuk nak buat azam baru =/  it's ok dear..
biasa lettew.

Apa kata sebelum kita buat azam yang advance-advance kita back to basic, ok? bunyi cam gud-gud kan?
kita try buat benda-benda wajib dulu dengan seperfect mungkin. Jom wahai sahabat-sahabat lelaki ku kita buat solat lima waktu berjemaah di masjid =) why? sebab apa kena buat kat masjid?

sebab Allah sayang orang yang hati dia terpaut kat masjid, simple kan =)s

“Ada 7 golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Pada hari itu, tidak ada naungan, kecuali nanungan Allah. Golongan tersebut adalah pemimpin yang adil; pemuda yang tumbuh di dalam beribadah kepada Allah; seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid-masjid; dua orang yang saling mengasihi kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah karena Allah; seorang laki-laki yang diundang oleh seorang perempuan yang berkedudukan dan berwajah elok (untuk melakukan kejahatan) tetapi dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah!’; seorang yang memberi sedekah, tetapi dia merahasiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya; dan seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga menitis air matanya.” (HR Bukhari)

Allah ada mention dalam Al-Quran lagi :

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap melaksanakan salat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada apa pun kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. At Taubah:18) 


Dalam sehari lima kali Allah call kita, cer kira berapa kali je kita jawab? kat situ kita dah boleh nampak betapa sayangnya Allah kat kita. cer kalau kita yang call orang tapi orang tu tak jawab-jawab. konpem bengang, asyik tak angkat je aku call, aku text buat bodoh pulak tu.

Allah panggil kita tiga kali je pun dalam hidup nih:

1.panggilan azan
2.panggilan umrah
3.panggilan kematian

jangan sampai panggilan ketiga baru kita nak jawab... 
=)