Monday, December 9, 2013

Couple with Allah

"Kalau kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Ayat tu memang betul dan ayat tu memang terpatri kemas dalam hati ini. Kadang-kadang benda ni agak susah sebab tidak semua antara kita yang sanggup memendamkan rasa cinta begitu sahaja.
Kalau nak bercinta ikut cara Islam macam mana eh?
Sebenarnya ada beberapa cara bila kita rasa kita ni dah suka dengan someone.. <3
Meh baca ni… 
Couple with Allah . Engaged with Iman . Married with Hidayah and Insya'Allah forever in Jannah <3
1 ) Pendam dan berdoalah kepada Yang Maha Mengetahui 
First, kita rasa suka someone kita tak boleh terus terburu-buru untuk meluahkannya. Yelah kan kena reject sape yang malu. Lagipun takut perempuan/lelaki itu dah suka orang lain kerana jodoh ini semua Allah dah tetapkan.So kita pendam dan luahkan kat Allah dulu sebab Allah tu lebih mengetahui.
So, meluahkan kepada Allah ialah cara terbaik sebab Allah tak akan bagi sesuatu melainkan kita berhak mendapat nya. Tajdid niat duludan  niatkan apa yang kita buat ini bukanlah sebab just untuk mendapatkan jodoh yang baik tetapi semata-mata kerana Allah.
Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu. Insyaallah Allah akan bagi jodoh yang sekufu.
Firman Allah dalam Al-Quran:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)

2) Tapis dahulu sebelum mencintai

 Cinta dating tanpa kita minta. Kadang-kadang first time tengok kita dah jatuh hati dengan seseorang tapi sebelum kita mencintai orang nilailah cinta kita itu semula.
Tapis dulu kenapa kita mencintai seseorang? Sebab dia cantik ? Sebab harta kekayaan? Nafsu? Hmm sebab apa ea? Atau untuk memuliakannya dengan menikahinya kerana Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikan"
"Aik, kau ni takde nafsu ke?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.

3) Jauhi couple

Sekiranya telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara bukan budaya Islam. Sesungguhnya bercouple ini menjerumuskan diri untuk mendekati zina. Al-Quran ada menyebut, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Walaupun mungkin ada yang cakap;
“Kalau keluar pun kami jaga ikhtilat”
“aku tak contact sangat pon dia kecuali kalau ada benda penting je..."
"Kitorang selalu akhiri majlis dating dengan tasbih kafarah dan surah al-asr"
“Kami mention kat twitter je pon”
Betul tapi kita tak sedar sebenarnya dengan benda-benda ni lah kita dah buat maksiat iaitu zina hati.
Couple ni memang indah tetapi beracun. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga kita dijauhkan daripada semua maksiat yang mendekati zina.

4) Istikharah dan berbincang
Keputusan yang berkat ialah jika kita mendapat bantuan Allah. Tak ada sorang pun akan rugi dengan berdoa kepada Allah. Buat lah solat istikharah untuk meminta petunjuk dan bermusyawarah lah dengan orang yang dipercayai.
5) Membuat keputusan mengikut Iman
Bersyukurlah andai diberi kelapangan setelah solat istikharah yang kita lakukan. Petunjuk daripada istikharah bukan hanya pada mimpi tetapi ketenangan hati, hati yang lapang dan keyakinan yang kuat terhadap sesuatu perkara juga merupakan petunjuk daripada Allah.So pilihlah seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.


14 comments: