Friday, October 4, 2013

Hmmm Dah Masuk Universiti

ASSALAMUALAIKUM

Masuk hari ni genaplah sebulan aku berada di alam universiti yang fana ni. Aku ingat lagi sebelum masuk u time kat matrik ngan sekolah dulu aku selalu dengar nasihat like these : 

"kat matrik ni je kita study hard nanti masuk u ilek r"

"kat u nanti syoook kelas dua tiga jam je sehari"

"kau jangan risau kita ni laki, kt u nanti mesti hot punya awek bersepah kot"

Tapi kan korang tau tak yang semua ni just mitos or bedtime story untuk aku, semua ni langsung tak berlaku dalam hidup aku kat u. Why??? because im an engineering student waaaa. padan muka kau sape suh mintak engineering, aku ingat lagi ayat timbalan dekan fakulti ak :

"belajar kat universiti ni memang rileks tapi sorry to say la bukan kat USM"

Time tu dalam hati aku sound diri sendiri padan muka kau lagi sekali sape suruh hang gatai tangan pilih usm, yang hang pi reject UPU tu buat pa??? aku pilih usm sebab selepas aku buat research hanya usm je yang menawarkan kos mineral resources engineering, lagipun usm kan Research University dapat APEX pulak tu, ha sebab tu lah aku nekad untuk reject satu lagi tawaran dari u len. =')

yang lagi menambahkan aku punya kecuakan ialah untuk mendapat 4.0 flat di usm kampus engineering merupakan satu benda yang boleh dikatakan mustahil tahap gila nak mati hidup balik pon tak leh buat punya. apa aku merepek ni? haha tapi benda ni memang betul, kalau korang dapat skor 3.0 and above di kampus ni maknanya korang ialah salah seorang ciptaan yang hebat yang masih wujud zaman ni =)

Lagi sedih ialah bila aku dapat tahu yang jadual aku tidaklah serenggang macam yang aku dengar sebelum ni tapi seerat hubungan silaturahim antara suami dan isteri, anak dan abahnya, macam tu lah gambaran betapa packnya jadual kat sini

And yang paling menambahkan kesedihan dan frust sebab sini tak ramai awek, hihi gatai... Weyh kau masuk u nak balajar then dapat kerja or just nak cari awek bro? betulkan balik niat kau tu!! Nak dijadikan cerita memang betul pon yang fakulti aku majoriti laki, perempuan sikit gila, kan sebelum masuk u orang selalu cakap yang ratio perempuan lagi tinggi daripada laki.

And yang paling pasti ialah berat badan aku akan kembali menurun sepanjang kat universiti ni, sebabnya aku ni jenis yang cepat muak dengan masakan yang sama je, mengada kan =P, hehe empat bulan kat rumah sebelum daftar u naik la jugak berat aku dalam 55kg sekarang masuk u sebulan turun balik jadi 50kg.


gambar after xde sebab x ambik gambar lagi kat usm nih hehe  ><

*papepon aku memang jeles ngan usm kampus induk dah la besar, cantik, dekat bandar untuglahhh...