Thursday, October 17, 2013

Raya Haji Punya Cerita..

ASSALAMUALAIKUM

Okey, kali ni aku nak tulis pasal raya haji, aku pon tak tau tetibe je malam ni aku bernafsu nak tulis pasal raya haji nih, mungkin sebab aku dah beberapa tahun tak beraya haji kat Kelate. Masa form 4&5 raya di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan lagi sekali masa kat Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) sebab tarikh raya haji clash dengan jadual Peperiksaan Semester Program Matrikulasi so sebagai pelajar berwibawa lagi berintegriti memang aku tak akan balik kampung, nak study hard la kononnya.

Satu lagi sebab aku tulis pasal raya haji ni ialah untuk menggamit memori kawan-kawan aku yang belajar kat obersea lagipun aku nak bagi dorang jeles sikit sebabnye aku memang dengki, iri hati, riak, takabbur(semualah sifat-sifat buruk) dengan budak-budak yang studi obersea nih, aku tau ada antara dorang yang baca tulisan aku ni sebagai silent readers sebab bila aku tengok kat pageviews ada gak dari UK, India, Jordan, Mesir, Russia dan Indonesia... yelah tak kan la mat saleh pulak nak baca blog yang tah pape ni.

Especially aku nak tuju entry nih kat dak Luqman nih ... hehe

makin berisi orangnya walaupun dah berapa tahun x raya haji 


Bagi aku memang kat Kelantan raya haji lagi meriah dari raya puasa. sebab apa? sebabnya time ni la dapat tengok semangat kerjasama semua orang lebih-lebih lagi family sendiri.

Macam raya-raya sebelum ni, kita akan bangun awal nak mandi sunat, makan sunat,buat semua benda sunat (jangan hari tu baru nak sunatkan adik korang dah kan x beraya pulak budak tu) dan yang paling penting tak nak terlepas solat sunat raya. Sementara tunggu tukang sembelih kita posing dulu...


Lepas sembahyang raya aku akan terus balik rumah nenek nak tengok orang korban dan sama-sama nak tumbangkan lembu, kalau yang jinak takpe la, maunya yang gengster tak pasal-pasal lembu tu gi sondol tukang sembelih tu, aku tak nak peristiwa telur di hujung tanduk berlaku depan mata aku, kan trauma pulak

Yang sembelih tu okay lagi sebab aku tak buat pape pon, yang penat time nak lapah lembu tu, amek masa jugak la dalam sejam lebih, yang aku heran ada aku tengok video kat youtube orang arab rilek je lapah unta, 4 minit je...

arwah dulu baik orangnya
Lapah daging ni lah yang aku rasa boleh mengeratkan serta merapatkan silaturrahim(bukan setakat silaturahim je semua yang tak rapat pun boleh jadi rapat bila buat kerja sama-sama nih), haha sembang nak lebat je kau ni >_<

Petang tu jugak kita buat sate sama itu lembu, kita makan besar ini malam. lu mau main r lengcai wa main laa, tetibe je berubah mood gengster  =)


ok langkah pertama kita cucuk daging dulu




selalu sedara perempuan aku yang ambik kerja ni,aku malas sikit


gambar tak jelas sebab silap seting, aku pi seting miniature effect

ha bab bakar sate ni aku rajin, bak kata pepatah sambil membakar sambil melantak
akhirnya terciptalah sate tersedap di alam semester matrikulasi.
ok aku tipu sebenarnya ni gambar kat restoran sate kajang haji samuri =)  

Sebenarnya banyak ibrah yang boleh kita ambik dari hari aidiladha ni, aku teringat naqib aku cakap, korbankan ismail mu tu boleh jadi ismail tu masa tidur kita atau masa makan kita boleh jadi perkara-perkara lagha kita takpun masa online kita, kan =)

Ohh lupa lak sebelum aku chow ada makhluk yang kirim salam, tu kat bawah tu :

jangan biarkan ini kepala menghantui malam anda
Bye <3

12 comments:

  1. comeyyy nya lembu tuu,, ahaha :)

    ReplyDelete
  2. meriahnya zaza tgk... zaza ry haji xbuat apa pun sgt...jalan2 pun x..hehehe ;)

    ReplyDelete
  3. msty la comey.. nak2 mate dy tu... mengodakn...hehhe:P...
    heehe..meriah sngt2... slps 3 taon xsmbut hari raya korban d kmpng halaman...hehe:D

    ReplyDelete
  4. Wahhh Sateyyyyyyy Lapaqq...

    shafiqhashim.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. betul tu, raya kat kampung ni dapat la rasa suasana raya tu =)

      Delete
  6. Replies
    1. thanks, tp xde le raya sangat sebab malam tu da kena balik u, hihi

      Delete
  7. Sedapnya sateee :D
    Selamat Hari Raya Haji. Walaupun dah lambat sangat hahahaa

    ReplyDelete
  8. seram nmpak kepala lembu tu.. mcm bdn lembu tu kena tanam..

    ReplyDelete
  9. ni main sensitiviti org india. saya akan report.

    ReplyDelete