Saturday, August 3, 2013

Dua Tiga Hari Lagi Nak Beraya

ASSALAMUALAIKUM


Sekarang ni semua orang tengah sibuk dengan persiapan raya, aku pulak macam biasalah tak excited sangat dengan raya, sebenarnya kadang-kadang aku ada rasa bosan nak beraya, tapi part yang bestnya bila semua orang berkumpul kat rumah nenek aku, semua orang bukak cerita masing-masing, lagi-lagi pak cik aku yang dok luar Malaysia. Mak ayah aku sudah bertanya khabar pasal baju raya(macam skema sangat pulak ayat aku ni), aku tak kisah pun kalau takde t-shirt raya, kasut raya dan semua berkaitan dengan raya asalkan aku ada sepasang baju melayu yang sama warna dengan tema keluarga untuk tahun tu, itu dah ok.

''Pan, jap lagi ikut abah solat zohor kat masjid lepas tu kita terus pi cari baju raya'' pesan ayahku.

Dalam hari yang sama adik aku pulak sibuk mengajak aku untuk membeli baju raya di tempat yang lebih class gitu. Aku ni dah la manusia yang jenis kurang stamina, kurang tahap kecergasan, main bola half time pun dah penat, inikan pulak nak pergi pusat shopping complex tengah-tengah puasa ni. Bagi aku aktiviti yang paling best time sepanjang bulan puasa ialah bertukar kepada spesies dugong selama 12 jam, tidur je tak bangun-bangun. Lagipun ini ialah kali pertama aku berpuasa di rumah sebulan penuh setelah beberapa tahun berpuasa di tempat orang.

Tapi dalam dugong-dugong aku, aku terfikir, ruginya aku kalau bulan ramadan ni aku tak dapat banyak pahala. Nak buat macam mana ea? Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya, sempat lagi ke aku bolot pahala banyak-banyak sebagai bekal aku di hari kemudian(tetibe je aku rasa insaf & jadi serius) .

Ya tidak banyak yang aku boleh buat dalam masa dua tiga hari ni. Tapi sebenarnya banyak yang kita boleh dapat dengan manfaatkan setiap minit yang ada. Ni aku nak kongsi sikit. Contohnya :

  • Beristighfar sebanyak 50 kali
  • Berzikir subhanallah sebanyak 100 kali
  • Membaca al-fatihah sebanyak 5 kali
  • Memberi salam kepada 5 orang (yang ni aku cuma sempat guna facebook je sebab aku dok rumah)
  • Membaca al-Quran satu halaman
Banyak jugak sebenarnya yang kita boleh buat dalam seminit ni. So, dalam kita sibuk dengan persiapan fizikal meh sekali-sekala kita sibuk kan diri dengan persiapan dalaman.